Shafie dakwa WARISAN kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 disebabkan kotak-kotak undi (tambahan) yang dibawa masuk

Shafie mendakwa WARISAN kalah dalam PRU 14 disebabkan ada kotak-kotak undi (tambahan) yang dibawa masuk. Sumber (gambar): Fail TTF

شافعي دعوا واريثن كاله دالم ڤيليهن راي عموم ك-14 دسببكن كوتق-كوتق اوندي ﴿تمبهن﴾ يڠ دباوا ماسوق

Parti Warisan Sabah (Warisan) yakin akan menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun begitu, Warisan tidak boleh terlalu sombong kerana pilihan terletak ditangan rakyat.

Menurutnya, sebenarnya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Warisan menang, namun disebabkan ada kotak-kotak undi (tambahan) yang dibawa masuk, mereka kalah apabila pengiraan undi dilakukan banyak kali.

“Bayangkan kira undi sampai 4 pagi tapi Pusat Daerah Mengundi (PDM) ditutup pada 5.30 petang. Tidakkan kira undi yang hanya sekitar 30,000 tapi pengiraan undi sampai 3 pagi,” katanya.


KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) yakin akan menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun begitu, Warisan tidak boleh terlalu sombong kerana pilihan terletak ditangan rakyat.




“Apa yang penting kita bentuk kerajaan dan tidak boleh terlalu sombong.

“Terserah kepada rakyat Sabah untuk menentukannya sebab kita yakin sebagai parti tempatan (boleh menang).

“Jadi, kita minta kerjasama semua orang Sabah undilah Warisan. Itu yang kita mahukan… kita mahu pastikan kita boleh menang pilihan raya kali ini dan kita berdoa kepada tuhan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Warisan, di sini hari ini.

Menurutnya, sebenarnya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Warisan menang, namun disebabkan ada kotak-kotak undi (tambahan) yang dibawa masuk, mereka kalah apabila pengiraan undi dilakukan banyak kali.

“Bayangkan kira undi sampai 4 pagi tapi Pusat Daerah Mengundi (PDM) ditutup pada 5.30 petang. Tidakkan kira undi yang hanya sekitar 30,000 tapi pengiraan undi sampai 3 pagi.

“Kita tahu berapa jumlah kita boleh menang kerana ada setengah kawasan sampai kira tiga hingga empat kali. Mula-mula kita menang tapi bila kira kali ketiga kita kalah,” jelasnya.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...