Shafie: Daripada serah kuasa pada pengamal ‘cash is king’, baik saya mati dalam gelanggang politik

Menurut Shafie, sebelum tercetusnya PRN Sabah, negeri itu adalah negeri paling terkawal dari segi penularan wabak Covid-19. Sumber (gambar): Fail TTF

شافعي: درڤد سراه كواس ڤد ڤڠامال ءچسه اس كيڠء، باءيق ساي ماتي دالم ڬلڠڬڠ ڤوليتيك

“Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan.”

Demikian menurut bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya bukan sanggup mati kerana Covid-19, saya nyatakan nak menyerahkan kuasa bukan kepada pihak yang bergantung kepada ‘cash is king’ kerana ‘purchasing power’.

“Nak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik. Bukan mati kerana covid, mati di gelanggang politik.

“Kalau sekiranya tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini negeri Sabah adalah negeri yang amat terkawal keranan mempunyai paling banyak ‘green area’.”


PETALING JAYA: “Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan.”

Demikian menurut bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.




Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Alamin (BN-Kimanis) samada dia kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN Sabah bagi mengadakan PRN sehingga membawa peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Tegasnnya, dia tidak akan tunduk kepada pihak yang mengamalkan konsep “cash is king” dan mempunyai keupayaan untuk membeli wakil rakyat.

Sepintas lalu, Shafie bertindak meminta perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, agar DUN Sabah dibubarkan susulan satu sidang media yang diadakan oleh Tan Sri Musa Aman, sekutu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam sidang media tersebut, Musa mendakwa telah mengemukakan 33 Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertua Negeri membuktikan Shafie hilang sokongan majoriti di DUN Sabah.

Kenyataan Musa disangkal oleh pihak parti WARISAN yang mengesahkan bahawa Shafie masih kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan memiliki sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.

Musa pada ketika itu terlibat dalam satu usaha sulit bersama seorang lagi pemimpin kanan PPBM untuk mempengaruhi ahli-ahli DUN Sabah dari WARISAN agar mereka menyokong blok kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Menurut Shafie, PRN Sabah tidak akan berlaku jika kerajaan pimpinannya tidak diganggu oleh pihak tertentu.

Loading...

“Saya bukan sanggup mati kerana Covid-19, saya nyatakan nak menyerahkan kuasa bukan kepada pihak yang bergantung kepada ‘cash is king’ kerana ‘purchasing power’.

“Nak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik. Bukan mati kerana covid, mati di gelanggang politik,” katanya.

Shafie menambah, jika tidak gangguan daripada kerajaan kini, situasi Covid-19 di negeri itu sudah pasti terkawal.

Menurutnya, sebelum tercetusnya PRN Sabah, negeri itu adalah negeri paling terkawal dari segi penularan wabak berkenaan.

“Kalau sekiranya tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini negeri Sabah adalah negeri yang amat terkawal keranan mempunyai paling banyak ‘green area’.

“Tetapi malangnya kerana mereka berkuasa mereka mahu mengambilnya,” katanya lagi sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...