
شافعي دده ناءيب-ڤريسيدن واريثن كلوار ڤرتي برايكوتن كيس محكمه ترهادڤڽ
Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan Datuk Peter Anthony bahawa parti itu sudah tersasar daripada perjuangan asal.
Beliau berkata, keputusan melebarkan sayap parti ke Semenanjung Malaysia sudah dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan ahli-ahli parti sebelum ini maka, tidak timbul isu tersasar dariapada perjuangan.
Ahli Parlimen Semporna berkata, tindakan Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap keluar daripada Warisan bukan satu perkara mengejutkan.
“Saya bersimpati kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan hasratnya (keluar parti) berikutan kes mahkamah yang dihadapinya,” ujarnya.
KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan Datuk Peter Anthony bahawa parti itu sudah tersasar daripada perjuangan asal.
Beliau berkata, keputusan melebarkan sayap parti ke Semenanjung Malaysia sudah dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan ahli-ahli parti sebelum ini maka, tidak timbul isu tersasar dariapada perjuangan.
“Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi sebelum ini dan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan pada 12 Disember lalu, seluruh Ahli Majlis Tertinggi dan ahli parti menyokong penuh langkah itu pada perhimpunan tersebut.
“Keputusan untuk melebarkan Parti Warisan ke Semenanjung adalah satu langkah untuk menawarkan satu lagi pilihan kepada semua pengundi di Malaysia.
“Pada pilihan raya Melaka dan Sarawak jumlah rakyat yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus, ia satu kadar yang rendah dan ini menunjukkan ramai pengundi mahukan pilihan parti yang lebih baik yang mampu membawa perubahan untuk kebaikan negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Semporna berkata, tindakan Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap keluar daripada Warisan bukan satu perkara mengejutkan.
“Saya bersimpati kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan hasratnya (keluar parti) berikutan kes mahkamah yang dihadapinya,” ujarnya.
Mohd Shafie berkata, Parti Warisan kekal kukuh dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada perjuangan parti untuk membela nasib seluruh rakyat di negara ini khususnya di Sabah.
Menurutnya, sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum dan agama, Warisan tidak mengambil pendirian parokial yang hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja. Ini adalah hala tuju Parti Warisan.
“Marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama,” jelasnya.
ADUN Senallang berkata, sejak ditubuhkan, Warisan begitu lantang bersuara memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 sehingga pindaan Perlembagaan dilaksanakan baru-baru ini bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung.
Malah, Warisan akan terus berjuang untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan hak-hak Sabah dan Sarawak yang belum lagi dikembalikan seperti pengagihan kekayaan yang saksama, kadar royalti minyak yang lebih baik dan hak wilayah Sabah ke atas pelantar benua.
Jelasnya, Peter menyatakan bahawa sesebuah negeri perlu ditadbir oleh parti tempatan namun, tindakan yang diambil untuk bergabung dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui parti nasional bercanggah dengan kenyataannya.
Hakikatnya GRS diterajui parti nasional Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, Pas, MCA, MIC serta parti berasaskan KDM lain seperti Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Parti Maju Sabah (SAPP).
Perlu diingat GRS diketuai oleh seorang ahli parti nasional (Bersatu) maka keputusan kerajaan GRS ditentukan oleh ketua partinya di peringkat nasional.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, keputusan Peter untuk menubuhkan sebuah lagi parti pelbagai kaum yang bekerjasama dengan GRS hanya akan memecah-belahkan lagi rakyat Sabah dan masyarakat di pedalaman.
Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan tindakan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim kerana terpengaruh dengan Peter yang menyebabkannya mengambil keputusan tergesa-gesa.
Sumber:
WAJIB BACA:
Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh
