Shafie: Kami kekal sokong Mahathir, tak ubah

Datuk Seri Shafie Apdal tidak berganjak dari pendiriannya untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): Fail TTF

شافعي: كامي ككال سوكوڠ محضير، تق اوبه

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sekali lagi menzahirkan sokongan padunya terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu wawancara bersama Astro Awani dan sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita, Shafie berkata, sokongannya bersandar kepada keyakinan bahawa Mahathir mampu membawa arus perubahan walaupun dalam keadaan usia yang begitu lanjut.

Shafie dikatakan pernah diundang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri untuk bersama UMNO, PPBM dan PAS bagi membentuk Perikatan Nasional beberapa hari sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Dalam wawancara semalam, Shafie menyuarakan kebimbangan bahawa ketiga-tiga parti PN – Bersatu, Umno dan PAS mewakili orang Melayu di negara ini yang mempunyai latar belakang pelbagai etnik.


PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sekali lagi menzahirkan sokongan padunya terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu wawancara bersama Astro Awani dan sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita, Shafie berkata, sokongannya bersandar kepada keyakinan bahawa Mahathir mampu membawa arus perubahan walaupun dalam keadaan usia yang begitu lanjut.




“Tapi bila saya nampak manusia yang usianya begitu lanjut tapi pemikirannya, tubuh badannya, keupayaannya, alhamdullilah, ini antara petunjuk Tuhan untuk kita lihat, menilai, mana yang lebih baik walaupun usia muda.

“Yang ni usianya lanjut tapi dari segi wisdom kita harus pilih, maka saya lihat bahawa perlu untuk pastikan supaya pembinaan sebuah negara ada kelangsungannya,” katanya sepertimana yang dilaporkan.

Shafie dikatakan pernah diundang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri untuk bersama UMNO, PPBM dan PAS bagi membentuk Perikatan Nasional beberapa hari sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Pada 28hb Febuari 2020, sehari sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah, Shafie dilihat antara individu yang hadir di kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu di Bukit Damansara.

Bagaimanapun, Shafie beredar tidak sampai lima minit kerana difahamkan Muhyiddin tiada di kediamannya pada ketika itu.

Enam hari berikutnya, Shafie memberitahu sidang media bahawa kerajaan negeri pimpinannya akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan pusat tetapi kekal menyokong Mahathir.

Kemudian, pada 7hb Mei, Shafie mengesahkan kesahihan sepucuk surat yang tular di media sosial di mana surat itu mendakwa Mahathir memiliki sokongan majoriti ahli dewan sebagai Perdana Menteri.

Loading...

Terdahulu, satu surat bertarikh 1hb Mei itu ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkaitan dengan permohonan untuk membawa satu usul dan mengemukakan resolusi bagi membuat ketetapan bahawa Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli dewan.

Menurut surat itu juga, permohonan itu selaras dengan Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Dalam wawancara semalam, Shafie menyuarakan kebimbangan bahawa ketiga-tiga parti PN – Bersatu, Umno dan PAS mewakili orang Melayu di negara ini yang mempunyai latar belakang pelbagai etnik.

“Lihat contoh keadaan yang ada, bimbang saya, pasal di ruang sebelah sana, kita ada Bersatu – Melayu, kita ada Umno – Melayu, kita ada PAS – Melayu.

“Ke mana Cina, ke mana India, Dusun, ke mana Iban, masyarakat lain, walhal kita ada rekabentuk struktur masyarakat yang makmur.

“Saya lontarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemu saya pada satu ketika dahulu: Give up your time, help Tun M, bantu dia.

“Ya, dalam keadaan memimpin negara bukan mudah, kita banyak cabaran bukan hanya pertembungan antara trade war US- China yang perlukan kita jangan ada perbalahan, jangan ada pergeseran, bukan hanya dalam PH, dalam Bersatu juga.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...