Shafie Apdal memutar belit fakta isu Cawangan Khas Polis

Shafie, menerusi pejabat beliau, dilihat memutar belit fakta untuk memberi persepsi seolah-olah beliau merupakan mangsa fitnah. Sumber (gambar): Fail TTF

Sebuah portal berita semalam memetik pejabat Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal sebagai berkata terdapat seorang blogger yang cuba melagakan parti Warisan dengan unit Cawangan Khas (SB).

Bagaimanapun, pada 11hb Mac 2019, Naib Presiden Warisan, Junz Wong, dilaporkan memberitahu FMT bahawa Cawangan Khas tidak akan dibenarkan masuk ke mana-mana sidang akhbar jika mereka hadir tanpa diundang. 

“Jika mereka ingin hadir, mereka harus memperkenalkan diri mereka, bukannya berpura-pura menjadi wartawan,” katanya. 


PETALING JAYA: Sebuah portal berita semalam memetik pejabat Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal sebagai berkata terdapat seorang blogger yang cuba melagakan parti Warisan dengan unit Cawangan Khas (SB).

Menurut Malaysiakini (gambar di bawah), pejabat Shafie menegaskan kerajaan Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menghalang pegawai polis SB menghadiri majlis awam melibatkan ketua menteri.

Shafie seharusnya menamakan blogger tersebut. Sumber (gambar): Fail TTF

“Kerajaan tidak pernah menghalang pegawai SB menghadiri majlis dan sidang media ketua menteri.


“Tiada dasar seperti itu. Tiada arahan daripada ketua menteri atau dasar kerajaan untuk menghalang sesiapa menghadiri sidang media, kerana apa yang dikongsikan dalam sidang media adalah maklumat awam.

“Maka jelas penulis blog itu mereka cerita tentang larangan ini untuk memprovokasi atau merosakkan hubungan kerajaan dengan polis,” katanya.

Kedua-dua Malaysiakini dan pejabat Shafie tidak menamakan blogger tersebut.

Setakat mana yang TTF maklum, tidak ada sesiapa pun yang pernah “mereka (apa-apa) cerita” ataupun menyatakan samada secara tersurat mahupun tersirat bahawa pejabat Shafie mengeluarkan arahan untuk menghalang SB daripada menghadiri acara-acara awam yang melibatkan Ketua Menteri.

Walaubagaimanapun, terdapat seorang blogger yang menegur dan mengkritik Naib Presiden Warisan, Junz Wong, kerana menyatakan hajat untuk menghalang SB daripada menghadiri sidang akhbar parti Warisan.

Blogger tersebut membuat kritikan berdasarkan satu laporan berita bertarikh 11hb Mac 2019 yang dikeluarkan oleh portal Free Malaysia Today (lihat gambar di bawah), berbunyi seperti berikut (dalam italik, diterjemah):

Seorang pemimpin kanan Warisan mengesahkan bahawa partinya memutuskan untuk melarang kakitangan Cawangan khas daripada menghadiri sidang akhbar parti tersebut. 

Naib Presiden Warisan, Junz Wong, memberitahu FMT hari ini bahawa Cawangan Khas tidak akan dibenarkan masuk ke mana-mana sidang akhbar jika mereka hadir tanpa diundang. 

“Jika mereka ingin hadir, mereka harus memperkenalkan diri mereka, bukannya berpura-pura menjadi wartawan,” katanya. 

Junz, yang turut merupakan menteri pertanian dan industri makanan di Sabah, berkata sudah menjadi kelaziman sebelum ini untuk pihak pihak polis menghantar anggota Cawangan Khas untuk menghadiri aktiviti kerajaan dan pembangkang. 

Menurutnya, di bawah kerajaan Warisan, amalan tersebut tidak lagi diteruskan. 

FMT kemudiannya memetik Junz sebagai berkata Cawangan Khas “tidak ada sebab, tidak ada hak (no reason, no business) untuk berada di sidang media Warisan.”

Melainkan Junz boleh membuktikan FMT berbohong, jelas bahawa beliau dan Shafie berada di alam yang berbeza memandangkan percanggahan fakta dan pendapat yang melibatkan kedua-dua mereka.

Malah, kenyataan terbaru Junz bahawa pegawai Cawangan khas boleh menghadiri mana-mana majlis anjuran Warisan jelas merupakan pusingan-U daripada pendirian asalnya yang menegaskan SB “tidak ada sebab, tidak ada hak (no reason, no business) untuk berada di sidang media Warisan.”

Kesemua ini membawa maksud Shafie, menerusi pejabat beliau, telah memutar belit fakta untuk memberi persepsi seolah-olah beliau merupakan mangsa fitnah.

Boleh jadi juga Shafie tidak maklum berkenaan perkembangan yang berlaku di media, parti dan negara, ataupun pejabat beliau mempunyai kecenderungan untuk mengeluarkan kenyataan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada bos.

THE THIRD FORCE

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...