Shafie: Musa bukannya bagi tanah pada rakyat Sabah, dia ‘ngap’ tanah rakyat

Pemberian geran tanah merupakan antara langkah kerajaan pimpinan Mohd. Shafie yang paling menyentuh hati setiap rakyat Sabah. Sumber (gambar): TTF

شافعي: موسى بوكنڽ باڬي تانه ڤد رعيت سابه، دي ساڤو تانه رعيت

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menempelak Tan Sri Musa Aman yang mendakwa kononnya pemberian geran tanah adalah hasil kerja kerasnya sebelum ini manakala Parti Warisan Sabah (WARISAN) hanya menumpang nama.

Ketua Menteri berkata, kalau betul itu hasil kerja Musa, kenapa rakyat terpaksa menunggu sehingga 40 tahun untuk mendapatkan geran sehingga ada pemohonnya yang sudah meninggal dunia.

“Saya bagi tanah kepada rakyat, Musa cakap dia punya kerja, kalau dia yang buat kenapa tunggu sampai 40 tahun ada yang sudah meninggal, di pejabat tanah bertimbun permohonan.

“Dia bukan bagi tanah kepada rakyat sebenarnya tapi dia ngap (ambil) tanah rakyat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat di Kemabong petang ini.


KEMABONG: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menempelak Tan Sri Musa Aman yang mendakwa kononnya pemberian geran tanah adalah hasil kerja kerasnya sebelum ini manakala Parti Warisan Sabah (WARISAN) hanya menumpang nama.

Ketua Menteri berkata, kalau betul itu hasil kerja Musa, kenapa rakyat terpaksa menunggu sehingga 40 tahun untuk mendapatkan geran sehingga ada pemohonnya yang sudah meninggal dunia.




Katanya, Musa sebenarnya bukan memberikan tanah kepada rakyat sebaliknya beliau hanya menyerahkan tanah-tanah yang ada kepada kroninya untuk mengaut kekayaan.

“Saya bagi tanah kepada rakyat, Musa cakap dia punya kerja, kalau dia yang buat kenapa tunggu sampai 40 tahun ada yang sudah meninggal, di pejabat tanah bertimbun permohonan.

“Dia bukan bagi tanah kepada rakyat sebenarnya tapi dia ngap (ambil) tanah rakyat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat di Kemabong petang ini.

Pemberian geran tanah merupakan antara langkah kerajaan pimpinan Mohd. Shafie yang paling menyentuh hati setiap rakyat Sabah.

Walaupun baru 26 bulan memerintah, kira-kira 10,000 geran tanah yang dipohon telah diluluskan.

Mohd. Shafie turut berjanji jika Warisan Plus diberi kepercayaan untuk terus memerintah, lebih banyak geran tanah akan diberikan kepada rakyat.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...