Shafie: Pendirian Sabah jelas, tak perlu fikir semula

Shafie berkata, pihaknya tidak mahu kesan pergolakan politik semasa di peringkat Persekutuan memberi kesan di Sabah. Sumber (gambar): Fail TTF

شافعي: ڤنديرين سابه جلس، تق ڤرلو فيكير سمولا

KERAJAAN negeri tidak akan berganjak dan berfikir semula mengenai pendirian politik mereka kerana tindakan itu tidak semestinya akan serta merta menstabilkan suhu politik negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditanyakan mengenai kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili untuk mempertimbangkan semula kesetiaan Parti Warisan Sabah (WARISAN), beliau memberi maklum balas yang pihaknya tidak perlu memikirkan semula mengenai perkara terbabit.

“Kenapa saya perlu fikir semula? Jangan mengatakan bahawa jika saya memikirkan semula dan mempertimbangkan pendirian saya, ia akan terus menstabilkan keadaan politik semasa di negara ini,” katanya.

Terdahulu, media tempatan sebelum ini melaporkan, Maximus Ongkili mengatakan, Shafie harus berfikir dua kali tentang kesetiaan politik beliau berikutan pengumuman presiden WARISAN mengenai Sabah kekal menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.


KERAJAAN negeri tidak akan berganjak dan berfikir semula mengenai pendirian politik mereka kerana tindakan itu tidak semestinya akan serta merta menstabilkan suhu politik negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditanyakan mengenai kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili untuk mempertimbangkan semula kesetiaan Parti Warisan Sabah (WARISAN), beliau memberi maklum balas yang pihaknya tidak perlu memikirkan semula mengenai perkara terbabit.




“Kenapa saya perlu fikir semula? Jangan mengatakan bahawa jika saya memikirkan semula dan mempertimbangkan pendirian saya, ia akan terus menstabilkan keadaan politik semasa di negara ini.

“Ia tidak boleh akan menjadi stabil dengan segera. Saya tidak perlu mempertimbangkannya semula kerana pendirian kita amat jelas.

“Bagaimanapun, kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan harus diteruskan demi manfaat rakyat. Contoh, sekiranya berlaku serangan lanun di sini, penguat kuasa keselamatan harus membantu kerana ia bukan kepentingan politik saya,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Karnival Kesihatan Awam peringkat Negeri Sabah 2020 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung, Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Shafie berkata, pihaknya tidak mahu kesan pergolakan politik semasa di peringkat Persekutuan memberi kesan di Sabah.

“Saya tidak mahu ‘penyakit’ politik yang sedang berlaku di negara ini ‘merebak’ ke Sabah.

Loading...

“Kita perlu mempunyai nilai dalam kehidupan. Sekiranya asyik lompat sana, lompat sini, sampai bila?

“Jika kita tidak membimbing masyarakat, generasi akan datang juga akan melakukan perkara sama,” katanya.

Terdahulu, media tempatan sebelum ini melaporkan, Maximus Ongkili mengatakan, Shafie harus berfikir dua kali tentang kesetiaan politik beliau berikutan pengumuman presiden WARISAN mengenai Sabah kekal menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...