Shafie: Tuduhan sogok Yang Dipertua Sabah fitnah, saman akan dibuat

Shafie berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang mengeluarkan fitnah kononnya beliau menyogok Yang Dipertua Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Sumber (gambar): Fail TTF

شافعي: تودوهن سوڬوق يڠ دڤرتوا سابه فتنه، سامن اكن دبوات

Tuduhan kononnya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyogok Yang Dipertua Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah adalah fitnah dan cubaan menghasut.

Ketua Menteri berkata, Peguam Besar Sabah, Brandon Keith Soh berada bersamanya ketika memberikan cadangan mengikut Perlembagaan kepada Tun Juhar Mahiruddin.

Baru-baru ini, seorang aktivis politik pro-Barisan Nasional (BN) menuduh Tun Juhar menerima habuan daripada Mohd. Shafie yang membawa kepada pembubaran DUN Sabah.

Istana Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, tuduhan tersebut tidak berasas, tidak benar dan bermotif jahat.


TAWAU: Tuduhan kononnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyogok Yang Dipertua Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah adalah fitnah dan cubaan menghasut.

Ketua Menteri berkata, Peguam Besar Sabah, Brandon Keith Soh berada bersamanya ketika memberikan cadangan mengikut Perlembagaan kepada Tun Juhar Mahiruddin.




Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang mengeluarkan fitnah berkenaan.

“Itu satu fitnah dan saya telah minta peguam negeri untuk ambil tindakan undang-undang. Semasa saya jumpa TYT (Tun Juhar), ada beberapa wakil rakyat juga bersama saya.

“Saya cuma memberi nasihat kepada TYT, mana ada saya beri apa-apa dan saya tak ada hak untuk bubarkan kerana dalam Perlembagaan cukup jelas.

“Saya tidak boleh ulas lanjut kerana nanti menghina kes mahkamah ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baru-baru ini, seorang aktivis politik pro-Barisan Nasional (BN) menuduh Tun Juhar menerima habuan daripada Mohd. Shafie yang membawa kepada pembubaran DUN Sabah.

Istana Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, tuduhan tersebut tidak berasas, tidak benar dan bermotif jahat.

Dalam penafian berkenaan, Istana Negeri Sabah mengesahkan pembubaran DUN Sabah berlandaskan Perlembagaan Sabah.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...