SHAHBUDIN HUSIN MEMALUKAN MELAYU DAN ISLAM

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

شهبودين حسين ممالوكن ملايو دان اسلام

Sekiranya Shahbudin Husin sudah tidak ada ‘idea’ lagi untuk mengkritik sila duduk diam-diam agar tidak kelihatan amat bodoh. Kini beliau kelihatan cukup dungu.

Menteri agama berpakaian jubah warna merah pun nak dijadikan isu?!  Nampak sangat mentaliti Shahbudin Husin ini terlalu cetek serta haprak.

Jangan mainkan sentimen perkauman melalui peragaan pakaian serta warna!! Pandangan beliau amat kolot.




Apakah pemimpin UMNO pakai baju merah nak jadi macam Cina? Adakah pemimpin PPBM pakai baju merah juga hendak jadi macam Cina?

Hari ini terbukti secara sahih bahawa Shahbudin Husin ini seorang penulis yang amat dangkal, bodoh, dungu dan haprak.

Mulai hari ini saya ingin nasihatkan penulis kekampungan ini agar jangan memakai atau memperagakan lagi pakaian berwarna merah.

Takut nanti Shahbudin Husin boleh jadi macam Cina pula.

Di negara yang berbilang bangsa serta kepelbagaian agama tolong jangan mainkan isu-isu seperti ini. Ianya boleh memudaratkan perpaduan kaum di negara kita!

Orang-orang Cina seperti YB Teresa Kok dari parti DAP amat gemar memperagakan baju kurung dan kebaya.

Salah tak sekiranya orang-orang Cina pakai pakaian tradisional melayu?

Loading...

Masyarakat Cina di negara kita tidak pernah pun mengecam yb teresa kok yang gemar pakai baju kurung serta busana kebaya.

Apa ada pada fesyen serta warna pakaian?! Dalam masyarakat plural semacam ini di negara kita adalah satu perkara yang normal.

Dalam isu ini saya menyokong penuh tindakan menteri agama yang peka serta menghormati resam bangsa lain di negara kita ini.

Sikap menteri agama ini mempamerkan beliau seorang yang amat bijak dan berpegang pada ajaran agama islam yang tulen.

Islam suruh kita hormati bangsa dan agama lain. Ini adalah ajaran islam yang tulen berteraskan kepada Al-Quran serta As-Sunnah.

Kita tidak perlu layan dengan orang berjati diri haprak macam Shahbudin Husin!! Beliau seorang yang kolot dan bankrap minda.

Syabas menteri agama yang telah mempamerkan sifat murni sebagai seorang mukmin!! Kita kagum dengan sifat serta sikap menteri agama dalam isu ini!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...