Shahidan Kassim lapor polis, nafi sokong Anwar

Menurut Shahidan, dakwaan yang kerap dibuat oleh Anwar berhubung sokongan majoriti menyebabkan pasaran saham jatuh dan pelabur takut untuk melabur. Sumber (gambar): Fail TTF

شهيدان كسسيم لاڤور ڤوليس، نافي سوكوڠ انور

Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membuat laporan polis bagi menangkis dakwaan beliau terlibat dalam usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi posting di Facebook rasmi beliau, Shahidan berkata, laporan yang dibuat itu bertujuan meminta pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat tuduhan terhadapnya yang timbul susulan penularan senarai nama ahli parlimen yang kononnya menyokong Anwar.

Sebentar tadi, TTF mendedahkan bahawa Anwar yang sebelum ini mendakwa memiliki sokongan majoriti hampir dua per tiga bukan hanya tidak pernah memiliki sokongan majoriti mudah, jumlah ahli parlimen yang menyebelahinya tidak pernah melepasi angka 91.

TTF turut mengesahkan Anwar tidak akan mampu membuktikan apa-apa kepada Yang Di-Pertuan Agong apabila menghadap Baginda Tuanku kelak kerana senarai Anwar disediakan dengan cara “tangkap muat” sahaja tanpa izin ramai ahli parlimen.


PETALING JAYA: Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membuat laporan polis bagi menangkis dakwaan beliau terlibat dalam usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi posting di Facebook rasmi beliau, Shahidan berkata, laporan yang dibuat itu bertujuan meminta pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat tuduhan terhadapnya yang timbul susulan penularan senarai nama ahli parlimen yang kononnya menyokong Anwar.




“(Saya) tidak tahu. Kerajaan (pimpinan) TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) masih memerintah. KDN (Kementerian Dalam Negeri) tolong selesaikan,” dakwanya dalam pesanan ringkas yang dimuat naik itu.

Menurut Shahidan, dakwaan yang kerap dibuat oleh Anwar berhubung sokongan majoriti menyebabkan pasaran saham jatuh dan pelabur takut untuk melabur.

Sebentar tadi, TTF mendedahkan bahawa Anwar yang sebelum ini mendakwa memiliki sokongan majoriti hampir dua per tiga bukan hanya tidak pernah memiliki sokongan majoriti mudah, jumlah ahli parlimen yang menyebelahinya tidak pernah melepasi angka 91.

TTF menulis:

Kini, sokongan itu makin menyusut berikutan tindakan beberapa ahli parlimen menjarakkan diri daripadanya, sekaligus menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong Anwar jauh kurang dari angka 90.

Perkara ini disahkan oleh beberapa orang dalam yang boleh dipercayai, secara berasingan, di mana kesemuanya tahu berkenaan rancangan Anwar untuk cuba memperdaya ahli-ahli parlimen dengan harapan beliau akan mampu meraih sokongan majoriti menerusi penipuan itu.

TTF turut mengesahkan Anwar tidak akan mampu membuktikan apa-apa kepada Yang Di-Pertuan Agong apabila menghadap Baginda Tuanku kelak kerana senarai Anwar disediakan dengan cara “tangkap muat” sahaja tanpa izin ramai ahli parlimen.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...