
شهيدان كسسيم: تق ڤرنه ساي جومڤا ڤڠاره ڤيليهن راي بڠڠ ماچم تاجو الدين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pengerusi UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membidas kenyataan Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menggelarnya sebagai ‘bodoh’ kerana mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama UMNO dan PPBM.
Tajuddin baru-baru ini yang berkata, meskipun MKT telah membuat keputusan, namun yang menentukan sama ada sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional ditarik balik ataupun tidak adalah ahli parlimen BN.
Shahidan menyifatkan kenyataan Tajuddin sebagai tidak wajar dan membidas kembali dengan menggelar ahli parlimen Pasir Salak itu pula sebagai ‘bangang’.
“Jadi apa dia (Tajuddin) kata itu tak wajar sebagai pengarah pilihan raya sampai nak panggil saya bodoh.
“Saya pun tak pernah jumpalah pengarah pilihan raya bangang macam Tajuddin,” katanya.
PETALING JAYA: Pengerusi UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membidas kenyataan Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menggelarnya sebagai ‘bodoh’ kerana mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama UMNO dan PPBM.
Tajuddin baru-baru ini yang berkata, meskipun MKT telah membuat keputusan, namun yang menentukan sama ada sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional ditarik balik ataupun tidak adalah ahli parlimen BN.
“Keputusan MKT selama ini semua saya ikut, keputusan terbaru juga saya ikut kerana (putus hubungan dengan Bersatu) hanya akan dilaksanakan pada waktu menjelang pilihan raya umum (PRU).
“Cuma dalam perkataan saya sebut ‘kalau boleh’ (keputusan dibuat ahli parlimen). Tidak boleh tidak mengapalah. Putus, putuslah,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Perhimpunan agung Umno (PAU) baru-baru ini bersetuju memberikan mandat kepada majlis tertinggi parti itu untuk menentukan bilakah tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan PN susulan keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.
BACA: HADI TAK PAYAH TEMBERANG UMMAH LAGI – PAS NAK KUASA, PERJUANGAN DAH MELESET
Bagaimanapun, Shahidan membuat kenyataan yang disifatkan bercanggah dengan parti setelah menyatakan keputusan itu terletak di tangan wakil rakyat UMNO.
Beberapa pemimpin UMNO tidak bersetuju dengan pandangan beliau dan menuntut agar semua ahli parlimen UMNO menghormati keputusan MKT.
Shahidan pula menyifatkan kenyataan Tajuddin sebagai tidak wajar dan membidas kembali dengan menggelar ahli parlimen Pasir Salak itu pula sebagai ‘bangang’.
“Jadi apa dia (Tajuddin) kata itu tak wajar sebagai pengarah pilihan raya sampai nak panggil saya bodoh.
“Saya pun tak pernah jumpalah pengarah pilihan raya bangang macam Tajuddin,” katanya.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini
MUST READ:
Punishment after punishment after punishment for the already suffering rakyat
