Shahidan Kassim tegur PAS jangan terburu-buru minta kerusi

Shahidan merujuk kepada usul yang diluluskan oleh Pemuda PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-66 agar PAS diberi peluang bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi. Sumber (gambar): Malaysiakini

شهيدان كسسيم تڬور ڤاس جاڠن تربورو-بورو مينتا كروسي

Pengerusi UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim semalam menegur PAS agar tidak gelojoh meminta kerusi untuk ditandingi di Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut laporan berita, Shahidan merujuk kepada usul yang diluluskan oleh Pemuda PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-66 agar PAS diberi peluang bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi.

Shahidan yang juga ahli parlimen Arau berkata Ahmad Fadhli sepatutnya membangkitkan isu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja dan bukannya agihan kerusi Dewan Rakyat.

“Saya ingat komen untuk bertanding parlimen itu tak tepat. Dia mesti komen pasal negeri (kerusi DUN)… Bukan parlimen,” katanya yang seolah-olah memberi isyarat bahawa PAS perlu menumpukan kepada kerusi DUN di negeri yang ditadbir parti itu dan bukannya parlimen.


PETALING JAYA: Pengerusi UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim semalam menegur PAS agar tidak gelojoh meminta kerusi untuk ditandingi di Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut laporan berita, Shahidan merujuk kepada usul yang diluluskan oleh Pemuda PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-66 agar PAS diberi peluang bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi.




Menurut Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin, usul itu hanya cadangan dan harapan sayapnya yang tetap akan menghormati apa juga keputusan konsensus Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).

Biarpun begitu, Shahidan tetap menegaskan Muafakat Nasional akan memutuskan kemudian soal agihan kerusi bagi PRU15.

“Komen tersebut polemik politik yang tidak sesuai disebut semasa kempen (PRN Sabah) sedang berjalan.

“Jadi polemik ini tidak perlu disebut kerana kempen sedang berjalan dan perbincangan mengenai kerusi semua ini akan dibuat oleh Muafakat Nasional (MN),” katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini yang bertanyakan isu ini.

Shahidan yang juga ahli parlimen Arau berkata Ahmad Fadhli sepatutnya membangkitkan isu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja dan bukannya agihan kerusi Dewan Rakyat.

“Saya ingat komen untuk bertanding parlimen itu tak tepat. Dia mesti komen pasal negeri (kerusi DUN)… Bukan parlimen,” katanya yang seolah-olah memberi isyarat bahawa PAS perlu menumpukan kepada kerusi DUN di negeri yang ditadbir parti itu dan bukannya parlimen.

“Sebab satu parlimen di Perlis ada lima negeri (DUN).

Loading...

“Kalau (PAS) bertanding di tiga parlimen bererti ada 15 (DUN). Jadi tidak ada kerusi yang Umno boleh bertanding langsung di Perlis,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...