Shahidan lupa bagaimana Rosmah dulu kendalikan pasukan cybertroopers dengan dana RM100,000 sebulan

Bagaimanakah Shahidan boleh menggunakan komen di Facebook sebagai alasan membuat suatu keputusan penting seperti mengumumkan cuti umum di Wilayah Persekutuan? Sumber (gambar): Fail TTF

“Sekiranya kita memantau ruang komen mana-mana saluran Facebook yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, kita akan melihat ruang komen dibanjiri dengan komen-komen dari akaun-akaun Facebook yang mencurigakan, yang turut kelihatan di ruang komen Facebook Najib. Di Facebook Najib, mereka memberi sokongan padu pada setiap satu posting, tetapi memaki hamun di saluran-saluran Facebook yang menyokong Mahathir”

Raggie Jessy Rithaudeen

شهيدان لوڤا باڬايمانا روسمه دولو كنداليكن ڤاسوكن چيبرترواوڤرس دڠن دانا رم100،000 سبولن

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dilaporkan mempertahankan tindakan kerajaan mengumumkan esok sebagai cuti umum dengan mendakwa tindakannya itu mendapat sokongan ramai.

Menurut Shahidan, sokongan yang diterimanya itu boleh dilihat pada komen-komen yang ditinggalkan orang ramai di Facebook.

“Kalau saya pergi ke Facebook sekarang, majoriti warga Wilayah Persekutuan akan menyokong saya berhubung cuti yang diberikan.




“Semua ahli parlimen pun seronok, Shah Alam (PH-Shah Alam) pun seronok,” katanya semasa berucap menggulung perbahasan Belanjawan 2022 bagi kementeriannnya, sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tetapi tahukah Shahidan bahawa komen Facebook tidak selalu membayangkan sentimen rakyat, khususnya, di zaman ini di mana media sosial dibanjiri akaun-akaun palsu milik Laskar Siber yang kebannyakkannya diupah?

Pada Julai 2017, TwitterAudit mendedahkan bahawa 51 peratus atau 2, 072, 308 daripada jumlah keseluruhan pengikut Datuk Seri Najib Tun Razak di Twitter adalah palsu, menandakan kebanyakkan pemilik akaun yang komen terdiri daripada Laskar Siber.

Manakala itu, pada 9hb September 2020, saksi ke 21 perbicaraan kes solar hibrid, Datuk Rizal Mansor, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah mengarahkan beliau menubuhkan satu pasukan cybertroopers dengan dana RM100,000 setiap bulan.

Menurutnya, wang terbabit dibayar kepada pasukan itu secara tunai yang diberikan oleh Rosmah sendiri, dan ini menimbulkan syak bahawa banyak akaun Twitter dan Facebook yang dikaitkan dengan Najib dan Rosmah semuanya terdiri daripada Laskar Siber dibayar.

Menurut Rizal lagi, pasukan cybertroopers yang ditubuhkan pada 2012 di bawah tanggungjawabnya dan beliau perlu memantau kandungan media sosial yang kritikal atau memberikan persepsi negatif terhadap Rosmah.

Sekiranya kita memantau ruang komen mana-mana saluran Facebook yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, kita akan melihat ruang komen dibanjiri dengan komen-komen dari akaun-akaun Facebook yang mencurigakan, yang turut kelihatan di ruang komen Facebook Najib.

Loading...

Di Facebook Najib, mereka memberi sokongan padu pada setiap satu posting, tetapi memaki hamun di saluran-saluran Facebook yang menyokong Mahathir.

Barisan Nasional sebelum ini telah mengaku penglibatan JASA sebagai unit propaganda sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, dan salah seorang timbalan menteri UMNO telah mencadangkan JASA dihidupkan semula dalam cadangan Belanjawan 2021.

Cadangan ini akhirnya dipersetujui oleh kesemua menteri dan timbalan menteri dari UMNO, termasuk Najib, manakala JASA telah dijenamakan semula sebagai J-KOM dan disalurkan dana beberapa kali ganda daripada pendanaan terakhir sebelum ia dimansuhkan.

Apakah Shahidan tidak sedar akan semua ini?

Bagaimanakah Shahidan boleh menggunakan komen di Facebook sebagai alasan membuat suatu keputusan penting seperti mengumumkan cuti umum di Wilayah Persekutuan?

WAJIB BACA:

Pendedahan: Najib halang SPRM, PDRM, Peguam Negara dan Bank Negara bekerjasama sebagai pasukan rasmi sebelum siasatan 1MDB lengkap

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...