Shahidan terima dua lantikan seminggu selepas umum kerjasama dengan PPBM

Shahidan menafikan hubungkait pelantikannya dengan keputusannya untuk meneruskan kerjasama UMNO dan PPBM di Perlis. Sumber (gambar): Fail TTF

شهيدان تريما دوا لانتيكن سميڠڬو سلڤس عموم كرجاسام دڠن ڤڤبم

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Minggu lalu, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan keputusannya untuk meneruskan kerjasama UMNO Perlis dengan PPBM pada pilihan raya umum ke-15.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan pula pelantikan Shahidan sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

Zuraida turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia.

Perbadanan itu ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai entiti yang akan menyelaraskan kesemua agensi pembangunan perumahan dalam merancang pembinaan dan menyediakan pelan kewangan bagi Rumah Mampu Milik (RMM).

Shahidan menafikan hubungkait pelantikan itu dengan keputusannya untuk meneruskan kerjasama UMNO dan PPBM di Perlis yang jelas bercanggah dengan penetapan Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO untuk menamatkan kerjasama itu selepas parlimen dibubarkan.

Dalam menjelaskan pelantikan Shahidan, Zuraida berkata, pengalaman lima penggal sebagai wakil rakyat dan dalam tadbir urus yang ada pada beliau amat diperlukan untuk melonjakkan prestasi PR1MA.

“Pengalaman beliau sebagai menteri besar Perlis dan pernah bertugas sebagai menteri di jabatan perdana menteri, jadi ini adalah tempat yang betul untuk beliau menjadikan misi bagi menyediakan kediaman mampu milik di negara ini,” katanya.

Zuraida turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia.

Perbadanan itu ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai entiti yang akan menyelaraskan kesemua agensi pembangunan perumahan dalam merancang pembinaan dan menyediakan pelan kewangan bagi Rumah Mampu Milik (RMM).

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...