
شهرير صمد: نمڤق ساڠت شهيدان كسسيم تردسق ڤرتاهنكن بلنجاوان 2021
Veteren UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini mempersoalkan tindakan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional(PNBBC)Datuk Seri Shahidan Kassim menggunakan istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang menolak Belanjawan 2021.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, Shahrir turut mempersoalkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PNBBC sedangkan beliau ahli parlimen Barisan Nasional, bukannya Perikatan Nasional.
“Tan Sri Muhyiddin ‘mengkhianati’ Tun Mahathir. Azmin ‘khianati’ PKR, Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir.
“Hamzah, Dr Latif, Mustapha Mohamed dan lain-lain ‘khianati’ UMNO dan Tun Mahathir. Jadi PPBM sebagai pendokong utama PN penuh sarat dengan ‘pengkhianat’.
“Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Bajet 2021. Betul-betul terdesak mempertahankan Bajet 2021!”
PETALING JAYA: Veteren UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini mempersoalkan tindakan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional(PNBBC)Datuk Seri Shahidan Kassim menggunakan istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang menolak Belanjawan 2021.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, Shahrir turut mempersoalkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PNBBC sedangkan beliau ahli parlimen Barisan Nasional, bukannya Perikatan Nasional.
“Tidak pernah dikecam begini bila ada yang tidak setuju dengan Bajet parti pemerintah.
“Betul-betul terdesak sangat Datuk Seri Shahidan Kassim sehingga tak sokong Bajet 2021 dah boleh jadi pengkhianat.
“Dan dia pula MP BN. BN bukan dalam PN pun. Jadi macam mana dia boleh jadi pengerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional,” soal Shahrir.
Dalam memberi gambaran betapa tersasarnya kenyataan Shahidan, Shahrir membawa perhatian pembacanya kepada hakikat bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai pendokong utama Perikatan Nasional penuh sarat dengan ‘pengkhianat’.
“Semua tahu ahli-ahli parlimen PPBM semuanya biasa mengkhianati kawan-kawan dan perjuangan asal mereka.
“Tan Sri Muhyiddin ‘mengkhianati’ Tun Mahathir. Azmin Ali ‘khianati’ PKR, Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir.
“Hamzah, Dr Latif, Mustapha Mohamed dan lain-lain ‘khianati’ UMNO dan Tun Mahathir. Jadi PPBM sebagai pendokong utama PN penuh sarat dengan ‘pengkhianat’.
“Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Bajet 2021.
“Betul-betul terdesak mempertahankan Bajet 2021!”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
