شهرير صمد سيندير ءكراجأن مواوء امنو يڠ لمه
Susulan keputusan kerajaan menangguh pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada Isnin ini, Tan Sri Shahrir Samad menyindir kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini yang dilihat lemah.
Veteran UMNO itu kasihan dengan situasi yang dihadapi Ismail Sabri yang disifatkannya sebagai ‘kerajaan MoU (memorandum persefahaman)’ yang dilihat tidak mencapai janji yang dimerterai bersama pembangkang apabila RUU tersebut tidak dapat dibentang.
Terdahulu, media melaporkan penangguhan pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Sidang Khas Parlimen, Isnin ini.
Ia merupakan penangguhan kali kedua selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Kasihan saya tengok ‘Kerajaan MoU’ ini, perkara dalam mukadimah memorandumnya pun tak dapat dicapai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
TONTON: ISU RM2.6 BILION, NAJIB KANTOI LAGI
Shahrir juga mengulas berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kecewa rentetan langkah untuk membentangkan RUU tersebut tidak dapat dilaksanakan pada sidang khas Dewan Rakyat nanti.
“Ungkapan ‘Tak Syiok’ mengesahkan penolakan oleh sebahagian ahli jemaah menteri terhadap cadangan RUU Lompat Parti tidak mampu menutup bahawa Parlimen masih dikuasai oleh Eksekutif (iaitu jemaah menteri) atau sebahagian daripadanya.
“Walhal Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dalam mukadimahnya berjanji untuk ‘berusaha untuk mewujudkan sebuah lanskap politik yang baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasa peranan institusi Parlimen,” katanya lagi.
Katanya, perkara yang terjadi itu tidak mencerminkan landskap politik yang baru kerana jemaah menteri masih boleh menggagalkan apa yang telah dipersetujui majoriti ahli-ahli Parlimen.
“Bukan pun seluruh jemaah menteri! Sebahagian sahaja! Lebih ramai ahli Parlimen yang bersetuju daripada bilangan menteri yang menolak!
“Ini bukan ‘memperkasakan peranan institusi Parlimen’ kerana kata-putus berada pada ‘sebahagian ahli jemaah menteri’!”
Terdahulu, media melaporkan penangguhan pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Sidang Khas Parlimen, Isnin ini.
Ia merupakan penangguhan kali kedua selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu.
Bagaimanapun, sidang khas Dewan Rakyat itu akan diteruskan dengan pembentangan dan pembahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 bagi memudahkan RUU Anti Lompat dibentangkan kelak.
Pindaan itu dipercayai membabitkan penggubalan punca kuasa bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan RUU berhubung larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti, digubal di Parlimen.
Daripada laporan Agenda Daily dan penulisan asal Tan Sri Shahrir Samad.
WAJIB TONTON: