Shahrol Azral beritahu mahkamah, ada keputusan tidak direkod dalam minit mesyuarat 1MDB ‘demi melindungi Najib’

Selepas tujuh bulan tertangguh, perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion dari 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersambung semula hari ini di depan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah. Sumber (gambar): TTF

محكمه دبريتاهو، اد كڤوتوسن تيدق دريكود دالم مينيت مشوارت 1مدب ءدمي مليندوڠي نجيبء

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi ada beberapa keputusan beliau tidak direkodkan dalam minit mesyuarat demi melindungi pemegang taruh terbesar iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menjawab soalan Ketua Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, beliau berkata, itu adalah antara sebab mengapa keputusan menukar firma audit Ernst & Young (EY) kepada KPMG tidak diminitkan.

Sebaliknya apa yang direkodkan dalam minit mesyuarat hanyalah perbincangan lembaga pengarah yang menyalahkan EY kerana melengah-lengahkan proses penilaian aset syarikat usaha sama (JV) PetroSaudi International (PSI) dan 1MDB.

Dalam pada itu, Shahrol Azral, yang merupakan saksi pendakwaan ke-sembilan memaklumkan, pengurusan 1MDB menggantikan Ernst & Young dengan KPMG pada 2010 kerana tidak yakin dengan metodologi firma itu untuk membuat penilaian aset JV PSI.


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi ada beberapa keputusan beliau tidak direkodkan dalam minit mesyuarat demi melindungi pemegang taruh terbesar iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menjawab soalan Ketua Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, beliau berkata, itu adalah antara sebab mengapa keputusan menukar firma audit Ernst & Young (EY) kepada KPMG tidak diminitkan.




Sebaliknya apa yang direkodkan dalam minit mesyuarat hanyalah perbincangan lembaga pengarah yang menyalahkan EY kerana melengah-lengahkan proses penilaian aset syarikat usaha sama (JV) PetroSaudi International (PSI) dan 1MDB.

“Kami memang berbincang (mengenai penukaran itu), tetapi ia tidak diminitkan. Sepanjang tempoh perkhidmatan saya dalam 1MDB dari 2009 hingga 2013, saya dan ahli lembaga pengarah lain beranggapan kami perlu berhati-hati dalam meletakkan keputusan dalam minit mesyuarat.

“Ia sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada perkara berkenaan digunakan ke atas pemegang taruh utama kami iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya lagi di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, hari ini.

Selepas tujuh bulan tertangguh, perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion dari 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersambung semula hari ini di depan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Perbicaraan itu, sepatutnya bersambung semula semalam (18 Mei), namun ditunda ke hari ini memandangkan semalam merupakan hari pertama persidangan Dewan Rakyat untuk tahun ini.

Ketika disoal mengapa beliau beranggapan usaha sama PSI dan 1MDB adalah kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G), sedangkan PSI enggan memberi butiran diperlukan EY, Shahrol Azral menjawab, ia berdasarkan hubungan erat antara Najib dan pemerintah Arab Saudi ketika itu iaitu Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

“Asal usul kerjasama ini adalah hal peribadi, antara Najib dan Raja Abdullah. Itu apa yang dimaklumkan kepada saya. Saya tiada sebarang alasan untuk meragui bahawa ini adalah hubungan G2G,” katanya lagi.

Loading...

Dalam pada itu, Shahrol Azral, yang merupakan saksi pendakwaan ke-sembilan memaklumkan, pengurusan 1MDB menggantikan Ernst & Young dengan KPMG pada 2010 kerana tidak yakin dengan metodologi firma itu untuk membuat penilaian aset JV PSI.

Beliau berkata, EY tidak dapat membuat penilaian aset selagi tidak mendapat beberapa dokumen yang diperlukan dari PSI.

Shahrol Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat memandangkan KPMG tidak memerlukan dokumen berkenaan, sebaliknya cukup dengan nota murabahah yang disediakan.

Muhammad Shafee: Saya cadangkan kepada anda, selain mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul pada tahun 2010, anda sebagai CEO mengambil jalan mudah dengan menukar firma audit.

Shahrol Azral: Tidak bersetuju.

Muhammad Shafee: Jadi firma baharu ini (KPMG), mereka menandatangani penilaian itu. Bagaimana? Mereka juga tidak mendapat dokumen yang diperlukan seperti EY.

Shahrol Azral: Benar.

Muhammad Shafee: Adakah kerana mereka menukar asas berlainan. Daripada mengenal pasti pelaburan itu sebagai ekuiti, mereka mengatakan ia adalah nota murabahah?

Shahrol Azral: Ya.

Najib, yang juga bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...