Lim Sian See
RCI mengesahkan bahawa Bank Negara sudah “insolvent” ataupun bankrap apabila sudah hilang RM32.5 bilion (RM100 bilion sekarang) – tetapi di bailout secara senyap-senyap oleh kerajaan melalui pindahan saham milik kerajaan.
Sekarang, banyak watak2 pada masa itu termasuk Daim dan Anwar Ibrahim kata dia orang tak tahu BNM ada judi dan rugi berpuluh-puluh bilion – semua basuh tangun ataupun sudah lupa.
Pindahan saham ini bukti kukuh wujudnya suatu “cover-up” secara senyap-senyap – dan tidak diketahui orang awam sehingga hari ini.
Haiya… dulu 1MDB ada krisis aliran tunai tetapi Najib pun tak cover-up dan bail-out macam ini dan memaksa 1MDB selesaikan masalah sendiri dan sebaliknya, mengarahkan PAC ditubuh untuk menyiasat 1MDB.
Najib perlu belajar dari Tun Mahathir untuk skill “bail-out” dan cover-up lah.
Orang tua itu yang kini tuduh Malaysia mahu bankrap sebenarnya sudah bankrapkan Bank Negara kita pada masa dia. Sekarang kami baru tahu cerita ini.
Source: www.facebook.com/lim.siansee
