Siapa jadi ketua kerjasama PAS-Umno nanti?

“Kita (PAS) tidak menuntut (jadi ketua) melainkan bila orang memaksa dan (orang) perlu kita di hadapan” – Hadi. Sumber (gambar): Fail TTF

Selepas hubungan PAS-Umno cuba diragukan oleh pihak-pihak tertentu, kini usaha tersebut cuba digambarkan sebagai sukar dengan menimbulkan ketua bagi kerjasama ini.

Menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, perkara utama adalah Islam menjadi asas kerjasama, sedangkan persoalan mengenai pimpin untuk mengetuai adalah perkara teknikal yang sifatnya anjal dan fleksibel.


KUANTAN: Selepas hubungan PAS-Umno cuba diragukan oleh pihak-pihak tertentu, kini usaha tersebut cuba digambarkan sebagai sukar dengan menimbulkan ketua bagi kerjasama ini.

Pun begitu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjawab dengan pasti persoalan ditanya media pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65, di sini hari ini.

Tegas beliau, perkara utama adalah Islam menjadi asas kerjasama, sedangkan persoalan mengenai pimpin untuk mengetuai adalah perkara teknikal yang sifatnya anjal dan fleksibel.


“Kita (PAS) sebut secara umum, kepimpinan Islam. (Ketua) bukan semestinya dari Umno, bukan semesti daripada PAS. Boleh jadi pihak ketiga jadi ketua. Boleh jadi semua (bersama). Boleh berlaku begitu politik, politik ini fleksibel. Kita kena faham.

“Kita (PAS) tidak menuntut (jadi ketua) melainkan bila orang memaksa dan (orang) perlu kita di hadapan,” ujar beliau selepas majlis perasmian di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).

Persoalan yang semakin rancak diperkatakan kini itu walaupun barang kali bersifat nakal, jelas menunjukkan pengiktirafan banyak pihak bahawa kerjasama PAS-Umno tidak dapat disangkal lagi

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...