Siasatan kes Adib: Dua saksi pakar akan dipanggil polis

Huzir menjelaskan seramai 28 saksi yang dipanggil Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini sudah pun dirakam percakapan mereka kecuali dua saksi pakar terbabit. Sumber (gambar): Astro Awani

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis akan memanggil dua saksi pakar iaitu Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani, untuk membantu siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Dalam perkembangan berkaitan, Huzir berkata, hanya 10 individu daripada 66 lelaki yang wajahnya disebarkan sebelum ini memberi respon kepada pihak polis manakala 56 yang lain masih dicari.

Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.


KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil dua saksi pakar iaitu Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani, untuk membantu siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tindakan itu diambil susulan arahan dikeluarkan Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu, untuk polis meneruskan siasatan berkaitan kes berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, menjelaskan seramai 28 saksi yang dipanggil Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini sudah pun dirakam percakapan mereka kecuali dua saksi pakar terbabit.


“Berdasarkan arahan terbaharu itu, polis sudah membuat temu janji dengan beberapa saksi untuk meneruskan siasatan, malah hari ini seorang daripada saksi itu sedia untuk dirakam keterangannya,” katanya pada sidang media harian di Bukit Aman, di sini, hari ini, namun beliau tidak mendedahkan identiti saksi terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Huzir berkata, hanya 10 individu daripada 66 lelaki yang wajahnya disebarkan sebelum ini memberi respon kepada pihak polis manakala 56 yang lain masih dicari.

“Semua mereka yang gambarnya disiarkan adalah untuk membantu siasatan polis berhubung insiden ini. Justeru, kita memberi sedikit masa lagi untuk mereka tampil memberi kerjasama,” katanya.

Beliau juga menyeru supaya semua pihak menghentikan spekulasi berhubung empat suspek yang sebelum ini ditahan berhubung kematian anggota bomba berkenaan kerana semua mereka didapati tidak terbabit dalam kes berkenaan.

“Salah faham berhubung empat suspek yang dibebaskan dalam kematian kes Adib sebelum ini adalah disebabkan kekeliruan dalam laporan beberapa media tempatan,” katanya.

“Empat suspek terbabit adalah daripada enam orang ditahan di lokasi insiden merusuh di Menara MCT yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh, Seksyen 427 KK (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 447 KK (mendatang bencana),” katanya.

Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...