Siasatan terhadap Nazlan hanya prosedur sebab laporan dibuat, bukan sebab dakwaan portal – SPRM

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. Number (gambar): Malaysiakini

سياستن ترهادڤ نازلن هاڽ ڤروسيدور سبب لاڤورن دبوات، بوكن سبب دعوأن ڤورتل – سڤرم

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali. hanya disebabkan laporan SPRM dibuat, bukannya disebabkan dakwaan portal.

Perkara ini didahkan oleh portal berita The Star, yang melaporkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan.

“Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedurnya adalah untuk menyiasat apabila laporan telah dibuat secara rasmi.

“Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat di portal atau media sosial,” Azam Baki dilaporkan sebagai berkata.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat di portal atau media sosial,” Azam Baki dilaporkan sebagai berkata.

Sementara itu, Malaysiakini menulis:

Portal Malaysia Today milik blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini mendakwa Nazlan mempunyai “kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya”.

Nazlan kemudian membuat laporan polis berhubung artikel itu.

Sebelum ini, tersebar dakwaan bahawa Nazlan adalah saudara kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Anak perempuan Mahathir, Marina bagaimanapun menafikan perkara itu.

Loading...

Pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak juga mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1MDB.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu tahun lepas. Najib sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan.

THE THIRD FORCE

WAJIB TONTON:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...