Sidang Dewan Rakyat tukar jadi ‘kartun’ dengan kemunculan ‘Doraemon’, ‘Nobita’

Mohamed Hanipa menyindir Noor Azmi kerana dilihat bertindak seperti ‘cakap tak serupa bikin’ kerana menyuruh rakyat mempraktikkan penjarakan sosial tetapi Ahli Parlimen Bagan Serai itu mengabaikan perkara itu ketika menghadiri satu program dan kes itu turut didakwa di mahkamah. Sumber (gambar): Sinar Online

سيدڠ ديوان رعيت توكر جادي ءكرتونء دڠن كمونچولن ءدوراايمونء، ءنوبيتاء

Sidang Dewan Rakyat bertukar tegang dan panas apabila Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) menggelarkan menteri dari Perikatan Nasional (PN) sebagai Doraemon sebelum beliau diserang balas dan dipanggil Nobita.

Perbalahan itu berlaku ketika Mohamed Hanipa mengkritik Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang didakwa tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat semasa negara sedang membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Susulan itu, Azeez mendesak Mohamed Hanipa menarik balik kenyataan itu dan beliau menegaskan perbuatan berkenaan menyalahi Peraturan Mesyuarat 36 yang menyatakan tidak wajar untuk ahli Dewan Rakyat menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan atau membuat komen bernada seksis.

“Dia gelar menteri kami Doraemon. Ini sesuatu yang tidak baik, ini satu kesalahan dan saya minta Sepang tarik balik. Adalah menjadi kesalahan ahli-ahli Dewan (Rakyat) menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat kenyataan seksis,” katanya.


KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat bertukar tegang dan panas apabila Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) menggelarkan menteri dari Perikatan Nasional (PN) sebagai Doraemon sebelum beliau diserang balas dan dipanggil Nobita.

Perbalahan itu berlaku ketika Mohamed Hanipa mengkritik Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang didakwa tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat semasa negara sedang membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).




Mohamed Hanipa juga menyindir Noor Azmi kerana dilihat bertindak seperti ‘cakap tak serupa bikin’ kerana menyuruh rakyat mempraktikkan penjarakan sosial tetapi Ahli Parlimen Bagan Serai itu mengabaikan perkara itu ketika menghadiri satu program dan kes itu turut didakwa di mahkamah.

“Sepatutnya dia letak jawatan kerana tidak menunjukkan contoh yang baik,” katanya pada perbahasan menjunjung Titah Diraja di Parlimen petang tadi.

Hujah itu mendapat bantahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling), Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Machang) dan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Susulan itu, Azeez mendesak Mohamed Hanipa menarik balik kenyataan itu dan beliau menegaskan perbuatan berkenaan menyalahi Peraturan Mesyuarat 36 yang menyatakan tidak wajar untuk ahli Dewan Rakyat menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan atau membuat komen bernada seksis.

“Dia gelar menteri kami Doraemon. Ini sesuatu yang tidak baik, ini satu kesalahan dan saya minta Sepang tarik balik.

“Adalah menjadi kesalahan ahli-ahli Dewan (Rakyat) menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat kenyataan seksis,” katanya.

Ekoran masih tidak berpuas hati dengan gelaran Doraemon, beberapa ahli Parlimen PN termasuk Ikmal Hisham terus bersuara membidas Mohamed Hanipa.

Loading...

“Dia sendiri macam Nobita, Giant. Ubahlah perangai Sepang, dahlah,” kata Ikmal Hisham.

Bagaimanapun, ketegangan itu tidak berpanjangan apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan semua ahli Parlimen yang bertikam lidah untuk duduk.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...