SIDANG LIVE 10 MALAM INI (SELASA): JATUHNYA PAKATAN HARAPAN

“Percayalah, biarpun terdapat beberapa perkembangan positif dari sudut kemartaban dan kemuliaan Agama, Raja, Bangsa dan Negara, kita tidak boleh leka, kerana Bangsa Melayu-Islam di tanah air masih lagi belum sekuat mana yang kita sangkakan”

Raggie Jessy Ritaudeen

سيدڠ ليۏ 10 مالم اين ﴿ثلاث﴾: جاتوهڽ ڤاكتن هارڤن

Saya akan membuat satu sidang media live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI)pada pukul 10 malam ini, bersamaan malam Selasa, 3hb Mac 2020.

Dalam sidang ini, saya akan menjawab semua soalan yang telah diajukan kepada saya menerusi email [email protected] dan juga secara peribadi oleh beberapa ahli politik.

Sidang ini dijangka berlarutan selama sejam tetapi menjanjikan pendedahan yang padat, telus dan tidak berpihak biarpun perkara-perkara tertentu yang bakal dirungkai mungkin pedih untuk didengar oleh pihak-pihak tertentu.




Sidang ini tidak akan memihak sesiapa dan bukanlah sesi ‘tuding jari’. Ianya hanya bertujuan untuk merungkai kemelut politik yang melanda, memperbetulkan persepsi palsu yang dimainkan serta memberi kritikan membina di mana perlu.

Antara isu-isu yang akan disentuh termasuk:

1. Benarkah berlaku krisis perlembagaan?

2. Pelantikan Jemaah Kabinet

3. Kedudukan PPBM, UMNO, PAS dalam kerajaan dan kembalinya UMNO ke tampuk kepimpinan persekutuan

4. Ahli-ahli Parlimen yang menghadapi kes Mahkamah

5. Ura-ura penubuhan Pakatan Nasional

Loading...

6. Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad menjemput UMNO seketul untuk bersama DAP dalam kerajaan perpaduan?

7. Masa depan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

8. Andaian-andaian palsu yang dibuat, persepsi-persepsi palsu yang ditimbulkan

9. Pihak-pihak yang mental nama saya

Saya turut akan menyentuh penghinaan pihak-pihak tertentu terhadap Yang di-Pertuan Agong, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya turut akan bercerita perihal kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong bersandarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Saya berjanji tidak akan menghina sesiapa ataupun mengungkit-ungkit perkara lama. Segala apa yang bakal dirungkai hanya bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia memahami apa yang benar-benar berlaku agar ianya boleh dijadikan bekalan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Percayalah, biarpun terdapat beberapa perkembangan positif dari sudut kemartaban dan kemuliaan Agama, Raja, Bangsa dan Negara, kita tidak boleh leka, kerana Bangsa Melayu-Islam di tanah air masih lagi belum sekuat mana yang kita sangkakan.

Ya, masih jauh lagi perjalanan kita menuju ke air yang jernih…

PENGUMUMAN PENTING:

CARA AKSES LAMAN WEB YANG HADAPI GANGGUAN

Sekiranya ada gangguan teknikal melibatkan website http://www.thethirdforce.ne, untuk terus akses laman ini, sila KLIK link ini dan download Tor Browser. SETELAH selesai install, taip www.thethirdforce.net di atas untuk ikuti terbitan-terbitan kami yang terkini.

Bagi pengguna IPhone, download Onion Browser di https://onionbrowser.com/, kemudian klik Tor Browser setelah selesai install.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...