Raggie Jessy Rithaudeen
Siapakah dalang sebenar dalam kes pembunuhan Altantuya? Adakah memang Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam skandal ini atau adakah beliau menjadi mangsa fitnah?
Apakah punca sebenar Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuak, dan adakah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tahu bahawa Anwar itu peliwat?
Ini adalah antara beberapa soalan yang akan saya jawab hari ini (Khamis, 13hb Febuari 2020) secara live pada pukul 10 malam menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI)
Soalan-soalan ini dikemukakan oleh saudara Hafiz dari Pulau Pinang menerusi email [email protected].
Sesi malam ini turut akan rungkai isu “Pakatan Nasional” serta mesyuarat-mesyuarat PAS dan UMNO berhubung ‘gabungan’ ini.
Spesifiknya, benarkah gabungan ini bakal terbentuk, dan adakah ahli-ahli parlimen dari DAP turut terlibat?
Seperti biasa, jawapan-jawapan serta pandangan yang akan saya berikan mungkin pedih untuk didengar tetapi pasti akan berpaksi pada kebenaran.
Jangan lupa saksikan sidang malam ini dan hantarkan soalan anda, jika ada, berserta nama dan lokasi di mana anda berada, ke email [email protected].
Sekian
