SIDANG LIVE PENUH KEMELUT POLITIK 2020 – APA YANG SEBENARNYA TERJADI, LANGKAH KE HADAPAN

Raggie Jessy Rithaudeen. Sumber (gambar): TTF

“Percayalah, biarpun terdapat beberapa perkembangan positif dari sudut kemartaban dan kemuliaan Agama, Raja, Bangsa dan Negara, kita tidak boleh leka, kerana Bangsa Melayu-Islam di tanah air masih lagi belum sekuat mana yang kita sangkakan”

Raggie Jessy Ritaudeen

Saya akan membuat satu sidang media live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI) pada pukul 10 malam hari Selasa, bersamaan 3hb Mac 2020.

Dalam sidang ini, saya akan menjawab semua soalan yang telah diajukan kepada saya menerusi email [email protected] dan juga secara peribadi oleh beberapa ahli politik.

Sidang ini tidak akan memihak sesiapa dan bukanlah sesi ‘tuding jari’. Ianya hanya bertujuan untuk merungkai kemelut politik yang melanda, memperbetulkan persepsi palsu yang dimainkan serta memberi kritikan membina di mana perlu.




Antara isu-isu yang akan disentuh termasuk:

1. Pandangan saya secara am

2. Ura-ura penubuhan Pakatan Nasional

3. Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad menjemput UMNO seketul untuk bersama DAP dalam kerajaan perpaduan?

4. Masa depan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

5. Kembalinya UMNO ke tampuk kepimpinan persekutuan

6. Andaian-andaian palsu yang dibuat, persepsi-persepsi palsu yang ditimbulkan

Loading...

7. Kemungkinan berlaku undi tidak percaya bila parlimen bersidang

Saya tidak akan menyentuh pemilihan Perdana Menteri Malaysia ke-8 kerana saya setia menjunjung kasih yang tidak terhingga ke atas pemerintahan yang berkesan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa perkara yang bakal dibangkitkan akan saya terbitkan sebagai artikel terlebih dahulu sebelum sidang media berlangsung, termasuklah kejayaan umat Islam menumpaskan pemimpin-pemimpin tertentu dari DAP yang anti-Islam, anti-Melayu, anti perpaduan dan anti-kemakmuran.

Sidang ini dijangka berlarutan selama sejam tetapi menjanjikan pendedahan yang padat, telus dan tidak berpihak biarpun perkara-perkara tertentu yang bakal dirungkai mungkin pedih untuk didengar oleh pihak-pihak tertentu.

Saya berjanji tidak akan menghina sesiapa ataupun mengungkit-ungkit perkara lama. Segala apa yang bakal dirungkai hanya bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia memahami apa yang benar-benar berlaku agar ianya boleh dijadikan bekalan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Percayalah, biarpun terdapat beberapa perkembangan positif dari sudut kemartaban dan kemuliaan Agama, Raja, Bangsa dan Negara, kita tidak boleh leka, kerana Bangsa Melayu-Islam di tanah air masih lagi belum sekuat mana yang kita sangkakan.

Ya, masih jauh lagi perjalanan kita menuju ke air yang jernih…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...