
GERAKAN BANGSA NASIONAL
Lihat video di bawah ini dulu (durasi: 8 min 25 saat) sebelum membaca hujah-hujah berikutnya (terdapat sedikit masalah audio yang tidak dapat dielakkan kerana berlaku kerosakan microphone):
Pertimbangkan yang berikut:
1. Walaupun sudah setahun Pakatan Harapan berkuasa di pusat, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berani menentang DAP biarpun tahu bahawa pemimpin-pemimpin parti tersebut mengancam masyarakat Melayu-Islam, agama Islam, institusi-institusi Islam serta raja-raja Melayu.
2. Anehnya, dalam pada Mahathir takut dengan Lim Kit Siang, beliau berani menghina Sultan Johor dan tergamak memperlekeh kuasa Sultan Johor untuk melantik Menteri Besar biarpun tahu, bahawa kuasa tersebut termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor.
3. Malah, untuk memberi persepsi kepada golongan muda bahawa raja-raja Melayu tidak harus disanjung, Mahathir terus menghina kedua-dua Sultan Johor serta Tengku Mahkota Johor dan mendakwa kononnya Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.
4. Bukan hanya tindak tandak beliau merupakan satu penginaan terhadap institusi diraja, ianya turut merupakan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, memandangkan tidak ada satu apapun perkara ataupun peruntukkan dalam Perlembagaan tersebut yang membawa maksud “Sultan tidak mempunyai kuasa melantik Menteri Besar.”
5. Malah, Perkara 71 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan yang berikut:
Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu
6. Mahathir tidak dapat menerima hakikat ini, kerana tahu, bahawa selagi raja-raja Melayu bertakhta, selagi itulah negeri-negeri Melayu tidak boleh ‘dikuasai’ sepenuhnya oleh beliau.
7. Ini memandangkan raja-raja Melayu akan sentiasa mempunyai hak atas perkara-perkara tertentu yang bersangkut-paut dengan hutan, sungai dan soal jual-beli tanah kerajaan.
8. Mahathir tahu, bahawa selagi adanya raja-raja Melayu, selagi itulah kerajaan-kerajaan negeri mampu bekerjasama secara rahsia dengan pihak Istana untuk mencatur cabang eksekutif supaya ketua-ketua eksekutif, barisan-barisan exco serta raja-raja Melayu mampu menentang pentadbiran pusat.
9. Perkara ini tidak pernah menjadi masalah semasa pentadbiran Mahathir di era lapan puluhan dan sembilan puluhan.
10. Pada ketika itu, hampir kesemua negeri di Tanah Melayu merupakan ‘fixed deposit’ Barisan Nasional yang dipimpin oleh boneka-boneka Mahathir yang hanya menurut ’perintah’ beliau.
11. Tetapi hari ini, disebabkan PPBM merupakan sebuah parti kecil yang begitu berpecah, Muhyiddin memberanikan dirinya untuk bersekongkol dengan beberapa pemimpin PPBM di Johor dengan niat untuk mengenepikan Mahathir dan berurusan terus dengan pihak istana.
12. Setelah mendapat tahu perkara ini, Mahathir mula menghina Sultan Johor dan Perlembagaan negeri Johor, kerana tahu, bahawa sekiranya kerajaan negeri Johor kekal terus dikuasai oleh puak-puak yang bersekongkol dengan Muhyiddin, akan menjadi sukar bagi dirinya untuk menawarkan tanah secara rahsia kepada kerajaan Singapura sebagai ganjaran untuk membolehkan pembinaan jambatan bengkok.
13. Ini bukanlah cerita rekaan, tetapi hakikat, memandangkan Mahathir pernah membuat tawaran sedemikian secara rahsia sebelum bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat.
14. Beliau juga tahu, bahawa selagi raja-raja Melayu berkuasa, selagi itulah negeri-negeri Melayu tidak boleh di letakkan sepenuhnya dibawah penguasaan Perlembagaan dan Kerajaan Persekutuan menerusi pembatalan perlembagaan-perlembagaan negeri.
15. Tanpa pembatalan tersebut, Mahathir khuatir bahawa anaknya akan menjadi seorang Perdana Menteri yang lemah apabila beliau (Mahathir) sudah tiada kelak.
16. Ini memandangkan anaknya dilihat sebagai seorang yang tidak cukup berwibawa untuk mencatur sepenuhnya kerajaan-kerajaan negeri-negeri Melayu sepertimana beliau (Mahathir) mencaturnya di era lapan puluhan dan sembilan puluhan.
16. Mahathir sedar, bahawa situasi politik semasa kian menjurus ke arah politik alaf baru, di mana pemimpin-pemipin Melayu generasi muda tidak mudah diugut oleh kerajaan pusat biarpun yang mengugut mereka ialah Perdana Menteri sendiri.
17. Malah, mereka dilihat makin sedar betapa perlunya institusi diraja dikekalkan demi mempertahankan kedaulatan agama Islam daripada ancaman musuh Islam dan puak-puak munafiq yang bersekongkol dengan DAP.
Bersambung…
