SIDANG MEDIA GBN: LATHEEFA CUBA MEMPERDAYA RAKYAT, PERKEMBANGAN TERKINI MELIBATKAN ANWAR, AZMIN

Raggie Jessy Rithaudeen

Gerakan Bangsa Nasional (GBN) akan mengadakan satu sidang media tepat pada pukul 3.30 petang hari ini, bersamaan 25 hb Julai 2019, bagi memperinci perkara-perkara berikut:

1. Kemungkinan berlakunya subahat melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dan Tommy Thomas bagi melindungi Lim Guan Eng daripada didakwa semula atas tuduhan rasuah membabitkan kes Banglo.




2. Memperinci beberapa perkembangan spesifik melibatkan skandal seks Haziq serta kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berhubung skandal tersebut.

3. Memperinci kenyataan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung skandal berkenaan.

4. Memperinci beberapa perkembangan terkini membabitkan akuan bersumpah palsu dan perjanjian-perjanjian tertentu melibatkan Anwar dan DAP.

5. Laporan polis yang sudahpun dibuat

Dalam sidang media tersebut, GBN akan mengumumkan butiran berkenaan satu ceramah pencerahan yang bakal dianjurkan bagi memperinci perkembangan-perkembangan semasa dan halatuju politik Melayu-Islam terkini.

Sepertimana sidang media terdahulu, bukti-bukti melibatkan semua pembongkaran yang bakal dibuat sudahpun diserahkan kepada 30 pihak berasingan yang akan menyimpannya sebagai langkah berjaga-jaga.

Butiran lebih terperinci akan diberikan semasa sidang media yang akan berlangsung secara ‘live’ menerusi saluran Facebook “Raggie Jessy Rithaudeen” dan beberapa Facebook lain pada pukul 3.30 petang.

Loading...

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi nombor telefon berikut:

+6016-404 9082

Apapun, pihak wartawan boleh menghubungi saya secara peribadi sekiranya berminat membuat liputan. Saya mengalu-alukan kehadiran wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media tersebut dan dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Yang Benar,
RJ Rithaudeen



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...