Raggie Jessy Rithaudeen
Satu sidang media tergempar akan diadakan Sabtu ini, bersamaan 6hb Julai 2019, di satu lokasi yang bakal diumumkan esok bagi membuat pembongkaran berkenaan penganiayaan yang berlaku terhadap bekas Ketua Pemuda PKR daerah Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Penganiayaan yang dimaksudkan melibatkan pemecatan beliau dari PKR semalam dan bersangkut-paut dengan Presiden parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, setiausaha-umum parti, Dato’ Saifuddin Nasution serta orang yang dikatakan bakal menjadi Menteri Kewangan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, iaitu Rafizi Ramli.
Para hadirin akan diberikan maklumat terperinci berkenaan rancangan sebenar Anwar terhadap Dato’Seri Azmin Ali, iaitu orang yang didakwa oleh Haziq melakukan hubungan seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan.
Dalam tersebut merujuk kepada sebuah klip video yang jelas memaparkan adegan seks di luar tabii melibatkan Haziq bersama seorang lelaki yang raut wajahnya mirip Azmin malah dikatakan seiras dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkenaan.
Sidang media turut akan diberikan pencerahan berkenaan rancangan “alternatif” yang dipersetujui di antara Anwar dan DAP sekiranya usul undi tidak percaya mereka gagal serta aktiviti “pembelian MP” yang sedang giat diusahakan oleh kroni-kroni mereka.
Para wartawan dijemput melaukuan liputan penuh sesi pembongkaran ini yang dijangka akan bermula pada pukul 3 petang. Apapun, GBN akan mempuat liputan langsung menerusi Facebook “Raggie Jessy Rithaudeen” dan beberapa Facebook lain yang akan diumumkan esok.
Sekian, harap maklum
