Raggie Jessy Rithaudeen
Gerakan Bangsa Nasional (GBN) akan mengadakan dua sidang media berasingan bermula pukul 4.15 petang hari ini, bersamaan 26 hb September 2019 (Khamis), di Shah Village Hotel Petaling Jaya bagi memperinci perkara-perkara berikut:
1. Adakah DAP terlibat dalam sindiket MyKad?
2. (Pembongkaran) Pemerincian konflik kepentingan yang wujud sekiranya Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, meneruskan hasratnya mewakili suspek yang dituduh menjual MyKad kepada warga asing
3. Hipokrisi serta sikap berat sebelah melibatkan presiden Malaysian Bar, Abdul Fareed Abdul Gafoor, dan Ramkarpal ketika mempertahankan tindakan Rayer
34 (Pembongkaran) Campurtangan melibatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy, dalam hal-hal politik Sri Lanka dan kumpulan pengganas LTTE
5. Isu pembangunan kawasan Kampung Baru sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikhuatiri akan merugikan penduduk yang terlibat.
Butiran lebih terperinci akan diberikan semasa sidang media yang akan berlangsung secara ‘live’ menerusi saluran Facebook “Raggie Jessy Rithaudeen” dan beberapa Facebook lain bermula pukul 4.15 petang.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi nombor telefon berikut:
+6016-404 9082
Pihak wartawan dialu-alukan buat liputan sekiranya berminat dan boleh menghubungi saya secara peribadi. Saya turut mengalu-alukan kehadiran wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kumpulan-kumpulan Melayu-Islam ataupun individu yang berada di kawasan untuk hadir dan dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian
