سيدڠ ڤرليمين يڠ درانچڠ دليهت تيدق منوروتي تيته اڬوڠ
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pada 16hb Jun 2021, Yang Di-Pertuan Agong menitahkan bahawa Parlimen perlu bersidang secepat mungkin agar Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara boleh dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Seri Paduka Baginda Tuanku kemudian mengulangi titah ini pada 29hb Jun 2021, dan menambah, sidang itu perlu bagi membolehkan Proklamasi Darurat dibentang seperti termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Namun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.
Tidak pula disebutkan dalam kenyataan PMO perbahasan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara sepertimana titah Yang Di-Pertuan Agong.
Ini telah mengundang kebimbangan beberapa ahli parlimen pembangkang, yang menyuarakan kebimbangan ahawa sidang parlimen pada 26 Julai ini akan menjadi sesi taklimat kerajaan semata-mata.

Berdasarkan kenyataan PMO, persidangan yang bakal diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan kepada ahli parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan diadakan secara hibrid
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sidang parlimen tidak seharusnya bersifat formaliti semata-mata memandangkan dia ingin membangkitkan pelbagai isu rakyat akibat wabak Covid-19.
“Buat apa buka parlimen jika tiada perbahasan dan undian. Hadir sekadar dengar ceramah kerajaan.
“Saya nak bawa isu rakyat. SOP dua darjat. Yuran universiti dan nasib mahasiswa. Moratorium tanpa faedah. Rakyat 1st, bukan untung bank-bank besar! Cash handout bagi rakyat.
“Peniaga kecil mati, tapi Kilang ok. Please la! Kalau nak buka, buka seluas luasnya.
“Bukan sekadar formaliti supaya kami dengar ceramah kerajaan. Saya wakil rakyat. Rakyat bayar gaji saya. Saya wajib berkhidmat untuk mereka,”kata Syed Saddiq dalam catatan di Facebook.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin juga menimbulkan kebimbangan yang serupa.
“Dari kenyataan (PMO) ini, ahli parlimen semakin bimbang bahawa sidang parlimen akan menjadi sesi taklimat.
“Tidak ada soalan, tidak ada perbahasan. Bagaimana kita membawa isu-isu rakyat – vaksin, (pinjaman) moratorium, perintah kawalan pergerakan yang dipertingkatkan, SOP?
“Jangan biarkan demokrasi berparlimen mati di unit rawatan rapi,” kata Sim di Twitter.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini
WAJIB BACA: