
Khairuddin Abu Hassan
سيكڤ تيدق إخلاص انور ترهادڤ راكن ڤمبڠكڠ لاين باكل اونتوڠكن بلوك كتيڬ
Jangan percaya kepada Anwar Ibrahim dan PH kerana mereka bersikap pentingkan diri sendiri serta tidak berpegang pada semangat kesetiakawanan secara tulen.
Hakikatnya, Anwar Ibrahim dan PH hanya mahu mempergunakan sokongan rakan-rakan lain bagi agenda untuk memertabatkan ketua pembangkang sebagai Perdana Menteri semata-mata.
Ketika hendak menamakan calon Perdana Menteri kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini; pemimpin-pemimpin PH datang berjumpa dengan tun dr mahathir mohamad merayu agar memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.
Pemimpin-pemimpin PH akan merayu, memujuk serta melakukan apa saja pada waktu itu demi menjayakan impian mereka yang ‘mustahil’ kearah nemertabatkan ketua pembangkang masakini sebagai Perdana Menteri ke sembilan.
Kini, bila mereka hendak berunding dengan pihak kerajaan mengenai senarai pembaharuan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri; Anwar Ibrahim bersama pemimpin-pemimpin PH ketepikan parti Pejuang, Warisan dan Muda yang sama-sama mengundi beliau sebagai calon pembangkang untuk jawatan Perdana Menteri.
Sokongan pencalonan kepada Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dari pembangkang mereka perolehi juga dari Blok Ketiga.
Tetapi bila ada apa saja bentuk rundingan dengan mana-mana pihak demi kepentingan agenda politik PH; mereka akan tinggalkan rakan-rakan lain. Anwar Ibrahim dan PH mudah lupa daratan serta cepat lupa sejarah.
Perangai Anwar Ibrahim dan sikap PH sama seperti Mahiaddin Mad Yassin. Mereka adalah kalangan yang tidak boleh dipercayai.
Sikap mereka juga adalah untuk mempergunakan sokongan orang lain demi kepentingan diri mereka sendiri dan tidak lebih dari itu.
Bagi saya Anwar Ibrahim dan PH tidak boleh dibuat sahabat. Mereka ini adalah golongan yang tidak ikhlas serta amat bersikap individualistik.
Sebab itu saya setuju dengan pandangan bernas tokoh-tokoh pemimpin parti Pejuang yang mahu bertanding 120 kerusi Parlimen di seluruh negara sebagai satu manifestasi betapa serius untuk memenangi PRU15 seterusnya menubuhkan kerajaan baru.
‘Branding’ parti Pejuang sebagai satu kuasa atau Blok Ketiga yang bakal berdikari tanpa membabitkan diri dengan samada PH atau kerajaan amat tepat sekali.
Rakyat jelata sudah hilang keyakinan dengan PH yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim serta tidak setuju sama sekali dengan kerajaan masakini yang mengitar semula pemimpin-pemimpin yang tiada kredibiliti.
Pejuang dan Blok Ketiga sedang berada di posisi yang banyak ‘advantages’ masakini.
Apapun, jangan sama sekali percaya dengan sikap Anwar Ibrahim serta PH yang tidak ikhlas dengan rakan-rakan lain yang mereka memohon pertolongan sebelum ini.
Wadah perjuangan PH hanyalah untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana menteri yang mana merupakan satu perkara yang amat mustahil untuk berlaku.
Seandainya, PH menandatangani perjanjian perbekalan dan keyakinan (CSA) dengan pihak kerajaan maka ianya akan memudahkan parti Pejuang serta Blok Ketiga memenangi PRU15 secara ‘landslide.’
Rakyat jelata pasti akan tolak PH pada pilihanraya umum yang akan datang!!
WAJIB BACA:
Muhyiddin, Khaled Nordin berakal labah-labah, di gua buruk suka merakut
