‘SISTEM KOORDINATOR’ DIUJUDKAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN SEBAGAI PLATFORM GERAK KERJA PERINGKAT AKAR UMBI

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

‘سيستم كواورديناتور’ داوجودكن د ولايه ڤرسكوتوان سباڬاي ڤلاتفورم ڬرق كرجا ڤريڠكت اكر اومبي

PEJUANG Wilayah Persekutuan telah menyusun pelan gerak-kerja di peringkat akar umbi secara sistematik di seluruh kawasan-kawasan parlimen yang bakal dilaksanakan secara bersepadu, menyeluruh serta berterusan khususnya sebagai persediaan menghadapi PRU15 kelak.

Sistem koordinator peringkat parlimen akan diujudkan dalam masa terdekat sebagai satu platform atau ‘prime mover’ untuk menggalas tanggungjawab bagi mentadbir, mengkaji setiap permasalahan rakyat setempat, mengenalpasti kaedah untuk menyelesaikan segala masalah rakyat, menjalankan gerak-kerja bantuan rakyat dalam pelbagai segi, mengujudkan jentera pilihanraya serta merancang kempen media secara berkesan agar keseluruhan rakyat di Wilayah Persekutuan bakal mendapat pelbagai munafaat secara terus menerus.

Lapisan pertama sistem koordinator adalah seramai 15 orang dari setiap kawasan parlimen bakal diujudkan dalam masa terdekat. Seterusnya barisan koordinator pertama akan menggandakan tenaga koordinator baru di setiap saluran PDM di semua kawasan parlimen.




Sistem koordinator yang bakal menjadi platform serta teraju utama bagi menggerakkan program-program rakyat akan dilancarkan sebagai satu pendekatan PEJUANG mendampingi keseluruhan rakyat di setiap kawasan parlimen di bawah Wilayah Persekutuan secara serentak hinggalah kita tempuhi PRU15 yang akan datang.

Jentera gerak kerja di Wilayah Persekutuan akan bergerak secara sepadu, menyeluruh dan berterusan seolah-olah kita bakal menghadapi PRU15 keesokan hari.

Sudah empat hari saya menjelajah untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin akar umbi serta ahli-ahli secara berperingkat-peringkat.

Kaedah perjumpaan dilakukan secara perkumpulan yang kecil untuk memohon pandangan dari semua pihak sebelum melakarkan satu ‘road map’ bagi PEJUANG Wilayah Persekutuan.

Dalam masa yang sama, saya secara rendah diri, tawadduk dan ikhlas memohon semua pihak untuk bersabar menunggu giliran perjumpaan dalam masa terdekat bagi mendapatkan pelbagai input dari keseluruhan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Sesungguhnya, saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana keseluruhan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli telah mempamerkan semangat kerjasama secara harmonis demi untuk menjaminkan wadah perjuangan PEJUANG bakal menempa kejayaan cemerlang di Wilayah Persekutuan.

Setelah dua hari saya menjelajah untuk berjumpa dengan pelbagai lapisan pemimpin-pemimpin akar umbi di seluruh Wilayah Persekutuan telah menampakkan semangat mereka sedang berada di tahap yang cukup memberangsangkan.

Loading...

Semua pihak sudah bersedia untuk berjuang atas semangat ‘fi sabilillah’ dan sanggup berkorban tenaga tanpa sebarang bentuk agenda kepentingan diri.

Kualiti jatidiri dan semangat juang yang tinggi di kalangan ahli-ahli PEJUANG cukup membanggakan.

Kita akan terus memotivasikan setiap pemimpin akar umbi dan ahli-ahli PEJUANG secara konsisten bagi menjaminkan momentum jatidiri serta semangat juang ini akan terus kekal di sanubari setiap warga PEJUANG demi menjaminkan setiap objektif yang disasarkan akan tercapai secara bergaya.

Insya-Allah dengan izin Allah SWT, PEJUANG Wilayah Persekutuan akan pikul setiap amanah yang disandarkan kepada kami secara perkumpulan bakal dilaksanakan secara terbaik mahupun teramanah mungkin.

Agenda melawan rasuah, tanggungjawab memakmurkan penghidupan harian rakyat jelata, perjuangan membangunkan keutuhan bangsa melayu dan Islam dalam pelbagai sektor, memperkayakan ekonomi dan kebajikan masyarakat serta pembangunan kepimpinan berprinsip akan dijadikan teras utama perjuangan kami. Insya-Allah. Ameen.

PEJUANG akan terus kekal sebagai wadah perjuangan  yang bermaruah, berintegriti serta berprinsip dalam setiap tanggungjawab yang dipikul sepertimana harapan keseluruhan rakyat di wilayah persekutuan khususnya serta di seluruh negara amnya.

WAJIB BACA:

Wan Saiful usah berleter panjang macam nenek tua, kalau berani terus buat laporan polis



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...