Roslan Sms
Tindakan ahli parlimen Subang R.Sivarasa berucap di dalam ruang solat Masjid An Nur Kg Melayu Subang tempoh hari telah ditegur keras oleh Tuanku Sultan Selangor dalam titah Baginda dalam sebuah majlis sebentar tadi.
Titah Baginda walaupun telah ditegur berulang-kali masih ada pihak yang mencuri kesempatan melanggar titah Tuanku itu.
Tuanku turut kesal dan mengarah disiasat pengerusi dan jawatankuasa masjid berkenaan kerana tidak akur dengan perintah Baginda.
Sebagai Ketua Agama di Selangor Tuanku atas nasihat Mufti dan para ulamak berhak menitahkan bagaimana masjid dan surau di negeri ini harus diurus dan ditadbir.
Taat dan hormatilah perintah Tuanku yang sentiasa memikirkan maslahah rakyat. Jangan sekali-kali ingkar apatah lagi durhaka.
Rupa-rupanya Pengerusi Masjid berkenaan tidak lain tidak bukan orang kuat sebuah parti politik. Jelas parti ini tidak tahu adab dengan sewenang-wenang ingkar dan tidak mengambil kira perintah Tuanku.
Pan yang kemaruk kuasa iru perlu banyak belajar kalau mahu terus hidup di Selangor. Dimana bumi dipijak di situ langit di junjung.
Belum berkuasa sudah durhaka lambat laun binasa.
Roslan Sms merupakan searing blogger yang sering meluahkan pendapatnya menerusi laman blognya (n32.blogspot)
