SJK Cina medan propaganda perkauman, perlu dimansuhkan segera

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya mempersoal kebijaksanaan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, menyeru semua pihak berhenti pertikai kewujudan terus sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil sedangkan beliau senyap ketika pihak Dong Zong mempertikaikan pengenalan tulisan jawi dan seni khat di peringkat sekolah rendah.




Saya turut mempersoal watak yang dimainkan Teo dalam mencemar minda dan pemikiran pelajar sekolah vernakular menerusi penyebaran komik propaganda yang terang-terang memiliki unsur anti-Islam, pro-komunis dan pro-China.

Komik tersebut diterbitkan oleh bekas aktivis DAP, Hew Kuan Yau, bersama seorang pelukis, Chong Po Ling, menerusi Asia Comics and Cultural Museum milik syarikat Penang Youth Development Corporation (PYDC) Strategies Sdn Bhd.

Umum sedia maklum, PYDC merupakan sebuah syarikat bawah Penang Chief Minister Incorporated (CMI) dan mempunyai beberapa ADUN dan ahli parlimen DAP tersenarai dalam lembaga pengarah.

Lim Guan Eng pula dikaitkan dengan syarikat tersebut dan turut menulis prakata komik Hew dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan dan juga setiausaha agung DAP.

Ini menandakan komik tersebut disokong penuh oleh pucuk pimpinan DAP dan Kementerian Kewangan dan berkemungkinan besar merupakan usahasama sulit melibatkan DAP bagi meracuni minda pelajar Cina dengan ideologi komunis dan anti-Islam.

Sokongan DAP terhadap penerbitan dan penyebaran komik tersebut turut dapat dilihat menerusi gelagat penasihat parti tersebut, Lim Kit Siang, yang secara terbuka mempertahankan Hew dan menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk menarik balik pengharaman komik tersebut.

Teo tidak pernah membantah semua ini ataupun pengedaran komik Hew ke sekolah kebangsaan jenis Cina biarpun komik tersebut jelas mengandungi unsur propaganda lampau berbaur hasutan, keagamaan dan perkauman.

Loading...

Beliau turut tidak pernah menegur Dong Zong apabila perkumpulan Cina tersebut terang-terang meracuni minda masyarakat Cina dengan penipuan kononnya pengenalan penulisan jawi dan seni khat di peringkat sekolah rendah mampu menjurus kepada “pengislaman pendidikan di Malaysia.”

Kesemua ini menandakan sekolah vernakular mungkin sedang diperalatkan oleh DAP untuk menyebarkan ideologi pro-komunis dan sentimen anti-Islam yang bercanggah dengan konsep “Malaysian Malaysia” dan “Malaysia Baru” yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin parti tersebut.

Jika benar DAP ingin perpaduan nasional dipupuk, ia seharusnya sudah mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat dengan penerbitan komik Hew dan mendesak agar Guan Eng memohon maaf dari rakyat Malaysia, khususnya mereka yang beragama Islam.

DAP juga seharusnya sudah lama memperjuangkan pemansuhkan sekolah vernakular. memandangkan kewujudan terus sekolah tersebut setelah 62 tahun merdeka merupakan satu kejanggalan dan kegagalan pentadbiran persekutuan.

Tidak ada logiknya Kit Siang berbangga dengan “Malaysia Baru” sedangkan masih ada yang diasuh “berkelompok menurut warna kulit” di peringkat sekolah menerusi penyisihan pelajar Cina dan India dari pelejar Melayu-Islam.

Bukan hanya ini merupakan hipokrisi tahap maksimum, kegagalan parti-parti politik Cina dan India memperjuangkan pemansuhan sekolah vernakular menandakan arena politik kebangsaan masih lagi dibelenggu masalah perkauman.

Ini memandangkan kesemua ahli politik Cina dan India lebih mementingkan kuasa dan kedudukan masing-masing daripada perlunya memupuk semangat perpaduan hingga mereka takut kehilangan undi sekiranya memperjuangkan pemansuhan SJK Cina dan Tamil.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...