SJKT dan SJKC mula pasang kain rentang bantah tulisan jawi

Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu lalu membuat keputusan mengekalkan keputusan supaya pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun empat di sekolah jenis kebangsaan mulai tahun 2020 diteruskan. Sumber (gambar): Sinar Harian

Kain rentang bantah tulisan jawi dan seni khat di beberapa sekolah vernakular di Rawang mula kelihatan sejak tiga hari lalu.

Setakat ini tiga sekolah dikesan mengantungkan kain rentang itu iaitu sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan dua lagi di SJK Cina.

Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu lalu membuat keputusan mengekalkan keputusan supaya pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun empat di sekolah jenis kebangsaan mulai tahun 2020 diteruskan.

Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan supaya tulisan jawi ini dikekalkan dengan nama pengenalan tulisan jawi dan bukannya khat dan hanya diperkenalkan secara pilihan pada peringkat asas sahaja kepada murid tahun empat mulai tahun 2020, murid tahun lima pada tahun 2021 dan murid tahun enam pada tahun 2022 di sekolah jenis kebangsaan.


RAWANG: Kain rentang bantah tulisan jawi dan seni khat di beberapa sekolah vernakular di Rawang mula kelihatan sejak tiga hari lalu.

Setakat ini tiga sekolah dikesan mengantungkan kain rentang itu iaitu sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan dua lagi di SJK Cina.




Difahamkan kesemua kain rentang itu masih digantung sehingga kini sebagai menyuarakan pendirian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menolak pelaksanaanya seperti diputuskan kementerian.

PIBG SJK Tamil itu turut berkumpul membuat bantahan Sabtu lalu dengan alasan menolak seni khat dalam Bahasa Melayu yang disifatkan tidak sesuai di sekolah itu.

Terdahulu SJK Tamil Batu Caves adalah sekolah pertama dikesan menggantungkan kain tentang yang menulis ‘Kami dari pihak PIBG tidak menyokong dan tidak akan mengajar seni khat dan tulisan jawi’.

Kain rentang bantahan turut dikesan dipasang pada papan tanda jalan di Bandar Baru Bangi.

Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu lalu membuat keputusan mengekalkan keputusan supaya pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun empat di sekolah jenis kebangsaan mulai tahun 2020 diteruskan.

Bagaimanapun Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid sekolah jenis kebangsaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan supaya tulisan jawi ini dikekalkan dengan nama pengenalan tulisan jawi dan bukannya khat dan hanya diperkenalkan secara pilihan pada peringkat asas sahaja kepada murid tahun empat mulai tahun 2020, murid tahun lima pada tahun 2021 dan murid tahun enam pada tahun 2022 di sekolah jenis kebangsaan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...