سكندل لچس: دكايتكن دڠن نجيب، بكس ڤڠروسي بهيچ دعوا ءتيدق ايڠت لاڬيء
Bekas pengerusi Lembaga Pengarah Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), Lodin Wok Kamaruddin, mendakwa beliau tidak ingat lagi perkara-perkara tertentu berkait projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
“Perkara ini berlaku 12 tahun lalu dan saya tidak ingat lagi.
“Saya pun tak ada minit mesyuarat itu di tangan sekarang,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Isu kawalan terhadap syarikat subkontraktor LCS muncul setelah Najib mempertahankan pemberian tender secara berlapis-lapis atas alasan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) ialah syarikat syarikat sekutu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Menurut portal itu, Lodin mempersoalkan bagaimana Rafizi Ramli memperoleh minit mesyuarat lembaga tersebut BHIC setelah Rafizi menuding jari kepadanya sebagai pihak yang menyetujui penyerahan kawalan pengurusan dalam syarikat subkontraktor projek LCS kepada syarikat asing.
BACA JUGA: SKANDAL LCS – PUTAR BELIT NAJIB MAKAN DIRI
“Dia (Rafizi) mungkin semak kembali minit mesyuarat lembaga pengarah.
“Bagaimana dia dapat akses pada dokumen-dokumen itu?” soalnya ketika diminta mengesahkan dakwaan itu.
Cuba mengaitkan masalah projek itu dengan Najib Razak, Rafizi hari ini turut mengingatkan bahawa Lodin Wok memang diketahui umum rapat dengan bekas perdana menteri itu.
BHIC pada Januari 2011 memaklumkan perubahan lembaga pengarah besar-besaran kepada Bursa Malaysia, termasuk pengunduran Lodin Wok.
Isu kawalan terhadap syarikat subkontraktor LCS muncul setelah Najib mempertahankan pemberian tender secara berlapis-lapis atas alasan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) ialah syarikat syarikat sekutu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Rafizi mendakwa dalam perjanjian pembelian 51 peratus saham CAD, anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) bersetuju memberikan kawalan pengurusan kepada kontraktor pertahanan Jerman Rheinmetall Air Defence AG (RAD) yang hanya menguasai 49 peratus pegangan.
Nama syarikat-syarikat ini muncul setelah Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan perolehan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion yang bermula pada 2011 tidak pernah siap walaupun RM6 bilion telah dibelanjakan.
Malah, kosnya dikatakan meningkat RM1.4 bilion susulan keputusan Kementerian Pertahanan dan BNS tidak mengendahkan pendirian tentera laut yang mahukan reka bentuk Sigma, yang lebih murah.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini