
سكندل للب: لاڤورن ڤوليس دبوات ترهادڤ مب سلاڠور
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Satu laporan polis dibuat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan beberapa nama lain termasuk seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor berhubung dakwaan salah laku.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohd Shukor Mustaffa berkata, laporan polis itu dibuat ekoran nama Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu berada dalam senarai antara pengarah syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB).
Menurutnya, memetik laporan berita sebuah portal berbahasa Inggeris, LLB dianugerahkan menguruskan projek Sungai Klang sepanjang 56 kilometer dari Mid Valley City di Kuala Lumpur sehingga ke Pelabuhan Klang yang dilaporkan menelan belanja sehingga RM700 juta.
“Lebih mengejutkan kami, laporan portal itu memetik sebagai ganjaran kerja-kerja pembersihan dan pembangunan Sungai Klang, syarikat terkait dengan hartawan itu turut mendapat hak membangunkan tanah di kedua-dua tebing sungai di bawah perjanjian pertukaran tanah.”
SERDANG: Satu laporan polis dibuat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan beberapa nama lain termasuk seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor berhubung dakwaan salah laku.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohd Shukor Mustaffa berkata, laporan polis itu dibuat ekoran nama Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu berada dalam senarai antara pengarah syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB).
Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Puchong berkata, LLB yang turut menamakan hartawan Tan Sri Vincent Tan sebagai pengarah syarikat telah dianugerahkan projek Gerbang Maritim Selangor untuk kerja-kerja pembersihan dan pembangunan Sungai Klang.
TONTON: KERAJAAN ANWAR MUNGKIN TUMBANG LEBIH AWAL DARI DIJANGKA
Menurutnya, memetik laporan berita sebuah portal berbahasa Inggeris, LLB dianugerahkan menguruskan projek Sungai Klang sepanjang 56 kilometer dari Mid Valley City di Kuala Lumpur sehingga ke Pelabuhan Klang yang dilaporkan menelan belanja sehingga RM700 juta.
“Lebih mengejutkan kami, laporan portal itu memetik sebagai ganjaran kerja-kerja pembersihan dan pembangunan Sungai Klang, syarikat terkait dengan hartawan itu turut mendapat hak membangunkan tanah di kedua-dua tebing sungai di bawah perjanjian pertukaran tanah.
“Projek pembangunan tanah di kedua-dua tebing sungai tersebut adalah melibatkan pelbagai pembangunan perumahan dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM10 bilion.
“Oleh yang demikian, Bersatu Selangor berharap pihak polis akan segera menyiasat dakwaan yang dilaporkan oleh laporan portal media tersebut berhubung penglibatan Amirudin dan beberapa pihak lain termasuk Ir Izham Hashim,” katanya dalam satu sidang akhbar pada Rabu.
Beliau berkata demikian setelah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berhubung isu tersebut.
Sumber:
