Skandal Mara: Kelulusan beli bangunan Australia bidang kuasa Najib, Annuar Musa diberitahu

Annuar dikatakan membangkitkan semula skandal MARA untuk menghentam dan menjatuhkan Mohd Shafie ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Sumber (gambar): Fail TTF

سكندل مارا: كلولوسن بلي باڠونن أستراليا بيدڠ كواس نجيب، اننوار موسى دبريتاهو

Datuk Dr Yusof Yacob menafikan tuduhan dilemparkan Tan Sri Annuar Musa yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah dalam skandal pembelian bangunan di Melbourne, Australia pada 2012-2013.

Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) ini berkata, Annuar mungkin terlupa bahawa kelulusan pembelian bangunan itu merupakan bidang kuasa Menteri Kewangan ketika itu, iaitu Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Niatnya (Annuar) membangkitkan semula skandal MARA ini jelas untuk menghentam dan menjatuhkan Mohd Shafie ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah makin hampir,” katanya bagi mengulas tuduhan Annuar Musa yang mengaitkan nama Mohd Shafie dan namanya dalam kes pembelian aset MARA di Australia.

Yusof berkata, sepanjang kerjayanya sebagai Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti MARA, Bank Rakyat dan Saham Sabah serta dalam politik, beliau tidak akan bertindak menyalah guna jawatan atau kedudukan untuk kepentingan peribadi.


KOTA KINABALU: Datuk Dr Yusof Yacob menafikan tuduhan dilemparkan Tan Sri Annuar Musa yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah dalam skandal pembelian bangunan di Melbourne, Australia pada 2012-2013.

Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) ini berkata, Annuar mungkin terlupa bahawa kelulusan pembelian bangunan itu merupakan bidang kuasa Menteri Kewangan ketika itu, iaitu Datuk Seri Mohd Najib Razak.




Biarpun Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah ketika itu, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal bertanggungjawab menjaga Majlis Amanah Rakyat (MARA) namun, kelulusan berada di bawah Kementerian Kewangan.

Ketika krisis itu berlaku, Annuar Musa bertindak sendirian membuat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jelas sekali dia ingin bertindak sebagai hero untuk menyatakan dirinya bersih daripada skandal.

“Sepatutnya perkara itu dibincang dulu di peringkat Majlis MARA. Secara lazimnya pihak pengurusan iaitu Ketua Pengarah MARA yang akan membuat laporan ke SPRM.

“Niatnya (Annuar) membangkitkan semula skandal MARA ini jelas untuk menghentam dan menjatuhkan Mohd Shafie ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah makin hampir,” katanya bagi mengulas tuduhan Annuar Musa yang mengaitkan nama Mohd Shafie dan namanya dalam kes pembelian aset MARA di Australia.

Yusof berkata, sepanjang kerjayanya sebagai Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti MARA, Bank Rakyat dan Saham Sabah serta dalam politik, beliau tidak akan bertindak menyalah guna jawatan atau kedudukan untuk kepentingan peribadi.

“Memang betul saya Ahli Majlis MARA (2009-2018) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan MARA. Namun, perlu diingat, jawatankuasa itu tiada kuasa memberi kelulusan. Ia Cuma boleh menilai dan hasil penilaian dibawa ke Mesyuarat Ahli Majlis MARA.

“Semua cadangan yang diluluskan oleh Ahli Majlis MARA mesti melalui dan perlu dapat kelulusan kementerian yang menjaga MARA, iaitu Kementeria Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) dan kemudian perlu juga dapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Loading...

“Untuk makluman, semua pelaburan yang dicadang Jawatankuasa Pelaburan di Australia dan London, sangat menguntungkan MARA. Tidak satu pun merugikan MARA,” ujarnya.

Namun, isu yang timbul di Australia bukanlah masalah MARA tetapi berpunca daripada masalah  syarikat pemilik bangunan yang dibeli oleh MARA. Mereka tidak membayar kontrak ubah suai  kepada satu syarikat tempatan yang membawa kes itu ke mahkamah. Isu itu menjadi panas bila dilapor dalam majalah The Edge.

Jika ingin membongkar penyalahgunaan kewangan MARA, Annuar Musa yang merupakan Pengerusi Pelaburan MARA Bhd harus disiasat kerana menggunakan duit MARA untuk menaja bola sepak Kelantan bernama Red Worrier.

“Namun, wang masuk ke satu akaun syarikat lain, Ted Worrier Sdn Bhd milik keluarga Annuar. Kes ini viral sedikit masa dulu, tetapi selepas itu senyap.

“Kes kerugian berjuta-juta ringgit yg ditanggung oleh Pelaburan MARA Bhd akibat dari pembelian saham-saham syarikat juga perlu disiasat,” jelasnya.

Semalam dalam satu blog, Annuar meminta siasatan dilakukan terhadap Mohd Shafie dan Dr Yusof yang dikaitkan dengan pembelian bangunan MARA di Melbourne.

Katanya, dengan penemuan maklumat baharu dalam kes itu, ia menuntut SPRM membuka semula siasatan mengenai kes yang berlaku pada 2012-2013 itu. Pembelian aset itu difahamkan diluluskan oleh Mohd Shafie.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...