‘SOSMA kekal, cuma dipinda,’ Muhyiddin ulangi pendirian Mahathir

Menurut Muhyiddin, pelaksanaan SOSMA perlu dipertahankan kerana ia penting bagi menghadapi keganasan dan jenayah rentas sempadan, malah Malaysia turut dijadikan pangkalan mempromosikan keganasan. Sumber (gambar): TTF

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dimansuhkan, sebaliknya hanya membabitkan pindaan bagi menambah baik pelaksanaannya.

Sebelum ini, saya berulangkali menegaskan bahawa PH tidak pernah berjanji untuk memansuhkan SOSMA sepertimana diwar-warkan oleh beberapa pemimpin DAP, tetapi hanya untuk meminda bahagian-bahagian yang difikirkan bercanggah dengan hak asasi manusia.

Antara pemimpin DAP yang memutarbelit fakta ialah Lim Guan Eng, di mana pada 26hb Oktober 2019, beliau menegaskan perlunya SOSMA dimansuhkan “sepertimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.”

GBN sebelum ini menyuarakan sokongan penuh tindakan Polis Diraja Malaysia membanteras kegiatan keganasan di Malaysia menerusi penggunaan Akta SOSMA 2012 menurut versi yang sedia ada tanpa perlu diadakan semakan semula.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan perlunya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dikekalkan dan dipinda hanya untuk tujuan menambah baik pelaksanaannya.

Demikian menurut laporan sebuah portal berita, sekaligus mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6hb November 2019 bahawa akta tersebut akan dipinda selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan.




Sebelum ini, saya berulangkali menegaskan bahawa PH tidak pernah berjanji untuk memansuhkan SOSMA sepertimana diwar-warkan oleh beberapa pemimpin DAP, tetapi hanya untuk meminda bahagian-bahagian yang difikirkan bercanggah dengan hak asasi manusia.

Antara pemimpin DAP yang memutarbelit fakta ialah Lim Guan Eng, di mana pada 26hb Oktober 2019, beliau menegaskan perlunya SOSMA dimansuhkan “sepertimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.”

Begitu juga Timbalan Menteri Pulau Pinang Ramasamy, di mana kenyataan kedua-dua Guan Eng dan Ramasamy dibuat susulan penangkapan empat ahli DAP berjawatan bawah SOSMA atas dakwaan terlibat dalam usaha sulit menghidupkan keganasan LTTE di Malaysia.

Menurut Muhyiddin, pelaksanaan SOSMA perlu dipertahankan kerana ia penting bagi menghadapi keganasan dan jenayah rentas sempadan, malah Malaysia turut dijadikan pangkalan mempromosikan keganasan.

Katanya, sesi libat urus bersama pihak berkaitan termasuk ahli akademik, Parlimen dan Majlis Peguam sedang dijalankan sebelum pindaan SOSMA dapat dilaksanakan.

“Keputusan kerajaan termasuk dalam manifesto adalah kekal iaitu tidak akan dimansuh SOSMA, (sebaliknya) ia akan dipinda.

“Langkah sudah dimulakan dan kita baru selesai satu pusingan bawa ke Kabinet yang mahu ada pandangan lain untuk diperhalusi lagi.

“Jadi kita buat sesi libat urus untuk mendapatkan input dan selepas ini akan dibawa semula ke Kabinet untuk keputusan muktamad,” katanya selepas Majlis Minum Petang bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Balai Polis Pekan Nanas, Pontian.

GBN sebelum ini menyuarakan sokongan penuh tindakan Polis Diraja Malaysia membanteras kegiatan keganasan di Malaysia menerusi penggunaan Akta SOSMA 2012 menurut versi yang sedia ada tanpa perlu diadakan semakan semula.

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...