
‘سڤيكر ديوان دهارڤ جاڠن جادي ‘بالاچي’ ڤميمڤين ڤريكتن ناسيونل’
Yang DiPertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat makan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kumpulan politik UMNO kerana ianya mungkin menimbulkan keraguan pada keseluruhan rakyat Malaysia atas kebimbangan Speaker “berat sebelah.”
Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan susulan penularan gambar yang memaparkan Speaker bersama Muhyiddin dan beberapa pemimpin dari UMNO dan PPBM sedang makan bersama sambil menunjukkan isyarat “thumbs up.”
Beliau menambah, disebabkan gambar itu, tidak mustahil ada yang berpendapat Speaker Dewan Rakyat ditukar kerana Speaker terkini berpihak kepada kerajaan.
“Jika ada yang beranggapan Speaker dikawal oleh kerajaan, selepas gambar ini, mereka tidak boleh dipersalahkan. Tidak perlu nakan sekali dan bergambar seperti ini. Bila gambar diviralkan rakyat akan jadi keliru dan mungkin tuduh speaker Parlimen menjadi ‘balaci’ pada pemimpin PN”

PETALING JAYA: Yang Di-Pertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat makan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kumpulan politik UMNO kerana ianya mungkin menimbulkan keraguan pada keseluruhan rakyat Malaysia atas kebimbangan Speaker “berat sebelah.”
Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan susulan penularan gambar yang memaparkan Speaker bersama Muhyiddin dan beberapa pemimpin dari UMNO dan PPBM sedang makan bersama sambil menunjukkan isyarat “thumbs up” (gambar di bawah).
Bersambung di bawah

“Yang DiPertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat makan bersama Perdana Menteri dan menteri-menteri serta ahli-ahli politik lain dari sebelah kerajaan kerana ini berkemungkinan boleh menimbulkan keraguan pada keseluruhan rakyat Malaysia.
“Sebab itu dalam persidangan Dewan Rakyat kadang kala nampak Speaker parlimen ini seolah-olah macam berat sebelah ketika mempengerusikan persidangan.
“Beliau harus nampak bersikap ‘neutral’ dan tidak sepatutnya kelihatan bersama satu puak saja, apatah lagi memberi isyarat “thumbs up” bersama ahli-ahli politik kerajaan di satu meja makan.
“Speaker Parlimen mestilah kelihatan bersikap professional khususnya di saat persidangan parlimen sedang berjalan,” kata Khairuddin.
Beliau menambah, disebabkan gambar itu, tidak mustahil ada yang berpendapat Speaker Dewan Rakyat ditukar kerana Speaker terkini berpihak kepada kerajaan.
“Jika ada yang beranggapan Speaker dikawal oleh kerajaan, selepas gambar ini, mereka tidak boleh dipersalahkan.
“Tidak perlu nakan sekali dan bergambar seperti ini. Bila gambar diviralkan rakyat akan jadi keliru dan mungkin tuduh speaker Parlimen menjadi ‘balaci’ pada pemimpin PN”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

