Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap Agong Selasa ini

Sesi menghadap Selasa ini dipercayai ada kaitan dengan isu persidangan semula Parlimen sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos. Sumber (gambar): Fail TTF

سڤيكر ديوان رعيت، ديوان نڬارا دڤڠڬيل مڠهادڤ اڬوڠ ثلاث اين

Sertai INSTAGRAM TTF di sini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memanggil Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing Datuk Azhar Azizan Harun dan Tan Sri Rais Yatim, untuk menghadap di Istana Negara, Selasa ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), perkara itu disahkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu pesanan ringkas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa ada usaha menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Speaker Parlimen untuk melengahkan sesi Parlimen.

Perintah darurat yang berkuat kuasa 12 Januari lalu turut menyebabkan sesi Parlimen dan sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memanggil Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing Datuk Azhar Azizan Harun dan Tan Sri Rais Yatim, untuk menghadap di Istana Negara, Selasa ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), perkara itu disahkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu pesanan ringkas.




Ia dipercayai ada kaitan dengan isu persidangan semula Parlimen sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos.

Terdahulu, Azhar dan Rais mencadangkan persidangan khas Parlimen diadakan pada awal Ogos untuk membincangkan bagaimana sesi Parlimen hibrid (separa dalam talian dan separuh secara fizikal), boleh diadakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa ada usaha menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Speaker Parlimen untuk melengahkan sesi Parlimen.

Perintah darurat yang berkuat kuasa 12 Januari lalu turut menyebabkan sesi Parlimen dan sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan.

Sumber:

WAJIB BACA: 

Ramai di sekeliling Muhyiddin sudah mula terima hakikat

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...