
Khairuddin Abu Hassan
سڤيكر ڤاليڠ ءهاڤرقء دالم سجاره سيستم برڤرليمين
Dalam sejarah sistem berparlimen pada hari ini kita mempunyai seorang Speaker yang paling haprak.
Dulu dia beretorik untuk berjuang kearah memulihkan serta mengukuhkan sistem demokrasi di negara kita tapi kini manusia yang sama telah ‘transform’ menjadi personaliti yang berbeda.
Cara beliau mempengerusikan serta mengendalikan persidangan dewan rakyat kelihatan cukup tidak profesional.
Sepatutnya Speaker parlimen menjadi seorang pengerusi yang ‘neutral’ dan bersikap adil kepada semua pihak.
Namun, paksi berat sebelahnya banyak condong kearah ahli-ahli parlimen kerajaan ‘tebuk atap’.
Esok pun kalau apa-apa yang tidak elok terjadi kepada pihak kerajaan ‘tebuk atap;’ saya rasa Speaker ini berkemungkinan besar akan mencari pelbagai pendekatan untuk selamatkan kerajaan ‘pintu belakang’ ini.
Kredibiliti Speaker parlimen masakini telah mengalir ke longkang.
Bukan saja ahli-ahli parlimen tetapi keseluruhan rakyat tidak mempercayai serta tak menghormati dia lagi.
Dulu dia yang beria-ia bersemangat cakap untuk memulihkan amalan demokrasi di negara kita; malangnya hari ini orang yang sama juga telah menodai sistem demokrasi tulen di negara kita.
Speaker parlimen pada hari ini ‘cukup’ haprak.
Dia juga kemungkinan lupa bahawa pada hari ini persidangan dewan rakyat dapat ditonton secara siaran terus menerus oleh rakyat jelata di segenap pelusuk tanahair.
Rakyat lihat cara beliau mengendalikan persidangan dewan rakyat pun cukup memualkan.
Dalam erti kata yang lain; Speaker parlimen pada hari ini telah banyak berubah dan ‘cakap tak serupa bikin’ semacam dahulu.
Sejarah bakal merekodkan beliau sebagai salah seorang Speaker parlimen yang cukup teruk dan paling haprak.
Inilah pandangan serta persepsi masakini rakyat malaysia terhadap beliau.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
