Speaker Perak pertahan tindakan buat laporan polis kes rogol

Khamis lalu, satu laporan polis dibuat Penasihat DAP Perak itu selepas pihaknya dimaklumkan bahawa individu yang membawa mangsa membuat laporan polis menerima sejumlah wang RM100,000 dan diugut dengan sepucuk pistol untuk tidak membongkarkan rahsia. Sumber (gambar): Astro Anwani

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mempertahankan tindakannya membuat laporan polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wakil rakyat DAP sebagai satu langkah yang betul.

“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ada kesalahan dilakukan, kerana itu apabila menerima maklumat yang dapat membantu siasatan, saya buat laporan polis,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob semalam yang menyifatkan laporan polis dibuat Ahli Parlimen Beruas itu sebagai tindakan tidak bertanggungjawab, memalukan dan seolah-olah mengganggu proses undang-undang dengan cuba melindungi pemangsa dan bukannya mangsa.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga Exco Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mempertahankan tindakannya membuat laporan polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wakil rakyat DAP sebagai satu langkah yang betul.

Beliau berkata, pendekatan itu adalah menepati kehendak undang-undang agar siasatan menyeluruh dan adil dapat dilakukan pihak berkuasa.

“Sesiapa juga termasuk saya mempunyai kewajipan dalam undang-undang untuk membuat laporan polis. Jika tidak, saya akan dikira melakukan kesalahan.


“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ada kesalahan dilakukan, kerana itu apabila menerima maklumat yang dapat membantu siasatan, saya buat laporan polis,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob semalam yang menyifatkan laporan polis dibuat Ahli Parlimen Beruas itu sebagai tindakan tidak bertanggungjawab, memalukan dan seolah-olah mengganggu proses undang-undang dengan cuba melindungi pemangsa dan bukannya mangsa.

Khamis lalu, satu laporan polis dibuat Penasihat DAP Perak itu selepas pihaknya dimaklumkan bahawa individu yang membawa mangsa membuat laporan polis menerima sejumlah wang RM100,000 dan diugut dengan sepucuk pistol untuk tidak membongkarkan rahsia.

Mengulas lanjut, Koo Ham berkata, sebagai seorang yang berpengalaman dalam perundangan, Ahli Parlimen Bera itu sepatutnya menyokong sebarang tindakan bagi mendapatkan kebenaran.

Katanya, pihaknya tiada niat untuk melengahkan siasatan memandangkan maklumat perkara itu diterima kurang 24 jam daripada pertuduhan dibuat.

“Kebenaran harus ditegakkan dengan mempertahankan mangsa dan menghukum penjenayah, tetapi dengan menuduh saya sedemikian, mungkin ada sesuatu hinggakan beliau tidak selesa dengan laporan yang saya buat,” katanya.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga Exco Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...