Spekulasi masih bertiup kencang walaupun Ismail Sabri beri penjelasan

Datuk Seri Ismail Sabri. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

سڤيكولاسي ماسيه برتيوڤ كنچڠ والاوڤون اسماعيل صبري بري ڤنجلسن

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri hari ini tampil ke hadapan menjawab pertanyaan mengenai kenyataan di media sosialnya semalam yang mengundang tanda tanya.

Dalam satu posting di Facebook, Ismail menulis, “Saya dah tutup pintu depan tapi…”




Posting tersebut dikaitkan oleh beberapa pihak dengan kekecewaan Ismail setelah banyak kilang dibenarkan beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh.

Dalam sidang media hari ini, Ismail mendakwa kenyataan itu tiada sebarang maksud tersembunyi.

“Saya nak pulang sudah habis kerja, sebab itu tutup pintu,” katanya.

Walaubagaimanapun, penjelasan Ismail tidak diterima banyak pihak di media sosial kerana kenyataan awalnya di Facebook tergantung apabila berakhir dengan ‘tapi’, seolah-olah ada sesuatu yang tidak memuaskan hatinya.

Pada 31hb Mei, Putrajaya memutuskan pada saat akhir bahawa mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh “total lockdown” 14 hari bermula 1hb Jun boleh mendapat pengecualiaan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Keesokkan harinya, MITI mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan kelulusan operasi kepada 95,142 daripada 517,144 syarikat yang mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

BACA JUGA: ADA 70 MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI, TUNGGU APA LAGI?

Semalam pula, timbul dakwaan bahawa terdapat syarikat yang tidak tergolong sebagai perkhidmatan penting melepasi proses pemeriksaan MITI dan diberi kelulusan untuk beroperasi.

Loading...

Hari ini, sebuah portal alternative melaporkan ura-ura akan berlaku peletakkan jawatan oleh seorang menteri sebelum artikel tersebut dipadamkan beberapa jam kemudian.

Ada pihak yang mendakwa mesyuarat semalam yang dihadiri oleh Ismail Sabri ‘hangat’ susulan isu kelulusan tertentu yang dibenarkan oleh MITI, manakala ada juga mendakwa ianya sekadar khabar angin.

Apa pun, kelulusan hampir 100,000 syarikat yang dibenarkan beroperasi oleh MITI menimbulkan tanda tanya di media sosial memandangkan kerajaan kini melaksanakan “Total Lockdown,” bukannya Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada 1hb Jun, saya menulis:

Setakat mana yang saya lihat, perlaksanaan “Total Lockdown” memerlukan penutupan hampir seluruh sektor perdagangan, perniagaan dan perindustrian melainkan yang benar-benar perlu melibatkan bahan makanan, penjanaan tenaga elektrik, bekalan air dan sebagainya.

Itu pun, rakyat seharusnya tidak dibenarkan keluar rumah di kawasan-kawasan berisiko tinggi, dan urusan membawa makanan kepada rakyat perlu diuruskan oleh kerajaan di kawasan-kawasan berkenaan.

Di kawasan di mana rakyat dibenarkan keluar rumah untuk membeli makanan, perlu ada pengawal-pengawal (dari rela, tentera dan sebagainya) di semua kawasan perniagaan bagi memastikan SOP dikawal ketat.

Itu baru “Total Lockdown” namanya.

Saya terkejut apabila diberitahu bahawa MITI setakat hari ini membenarkan hampir 100,000 syarikat untuk beroperasi dalam tempoh “Total Lockdown.”

Saya kira banyak jenis syarikat boleh dihentikan operasinya dalam tempoh dua minggu ini jika benar niat kerajaan adalah untuk melaksanakan “Total Lockdown.”

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI:

Ini bukan ‘Total Lockdown’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...