SPR pertimbang calon berusia 18 tahun bagi PRK Tanjung Piai

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata satu program libat urus secara dwi parti akan diadakan dalam masa terdekat sebelum membuat keputusan sama ada calon berusia 18 tahun boleh diterima untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Sumber (gambar): Cempedak Cheese

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata pihak SPR akan mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik termasuk pembangkang bagi menentukan sama ada calon berusia 18 tahun boleh diterima untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Untuk menjadi calon, sebenarnya saya akan adakan sesi libat urus secara bipartisan tidak lama lagi untuk bincangkan perkara terbabit. Tapi untuk mengundi memang tak boleh,” katanya selepas merasmikan Voting Education Society (VES) di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), malam semalam.

“Sekiranya lulus, ada kemungkinan kita bakal saksikan calon berusia 18 tahun bertanding di PRK Parlimen Tanjung Piai, buat julung kali dalam sejarah pilihan raya negara,” katanya.

Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.


SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik termasuk pembangkang bagi menentukan sama ada calon berusia 18 tahun boleh diterima untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata satu program libat urus secara dwi parti akan diadakan dalam masa terdekat sebelum membuat sebarang keputusan.




“Kalau untuk mengundi memang tidak boleh sebab tarikh penguatkuasaan untuk membolehkan umur 18 tahun mengundi hanya akan diwartakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Untuk menjadi calon, sebenarnya saya akan adakan sesi libat urus secara bipartisan tidak lama lagi untuk bincangkan perkara terbabit. Tapi untuk mengundi memang tak boleh,” katanya selepas merasmikan Voting Education Society (VES) di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), malam semalam.

Mengulas lanjut, katanya, tarikh untuk mengadakan sesi libat urus itu bagaimanapun masih belum ditentukan.

“Sekiranya lulus, ada kemungkinan kita bakal saksikan calon berusia 18 tahun bertanding di PRK Parlimen Tanjung Piai, buat julung kali dalam sejarah pilihan raya negara,” katanya.

Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Bagaimanapun sebelum ini Azhar berkata, SPR memerlukan masa, sekurang-kurangnya setahun setengah untuk melaksanakan keputusan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding umur 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik.

Loading...

SPR sebelum ini dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRK Tanjung Piai, Johor pada 1 Oktober ini susulan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Dr Md Farid, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, kira-kira jam 6 pagi 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Kerusi Parlimen Tanjung Piai yang mempunyai 53,528 pengundi pada PRU14, mempunyai komposisi kaum terdiri daripada 56.8 peratus Melayu, 41.64 peratus (Cina), 1.01 peratus India manakala lain-lain sebanyak 0.55 peratus.

Sumber:


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...