
سڤرم مينتا كرجاسام انور، ڤلواڠ انور بوقتيكن ‘سببء ڤندورا ڤاڤرس مستي دسياسات
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi menyiasat pendedahan “Pandora Papers.”
Ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat dan menekankan perlunya siasatan dilakukan.
Justeru, ini merupakan peluang keemasan bagi Anwar membuktikan bahawa beliau memiliki maklumat penting yang menjadi sebab utama beliau meminta siasatan diadakan.
Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Bank Negara (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung di dalam Kertas Pandora yang membabitkan individu di negara ini.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi menyiasat pendedahan “Pandora Papers.”
Ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat dan menekankan perlunya siasatan dilakukan.
Justeru, ini merupakan peluang keemasan bagi Anwar membuktikan bahawa beliau memiliki maklumat penting yang menjadi sebab utama beliau meminta siasatan diadakan.
Dalam satu kenyataan, SPRM menulis:
“SPRM akan berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Kertas Pandora.
“Sehubungan itu, SPRM juga meminta beliau (Anwar) untuk memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut.”
Baru-baru ini, media melaporkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah antara nama disebut dalam pendedahan Kertas Pandora kerana mempunyai akaun luar pesisir.
Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Bank Negara (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung di dalam Kertas Pandora yang membabitkan individu di negara ini.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
Loading...

