
سڤرم نافي لاكوكن اينتيميدسي ترهادڤ مسزلي ماليك
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kononnya pegawainya melakukan intimidasi seperti yang didakwa Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, suruhanjaya itu sudah menerima dua aduan terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
“SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat.
“Siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan,” menurut kenyataan itu.
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kononnya pegawainya melakukan intimidasi seperti yang didakwa Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, suruhanjaya itu sudah menerima dua aduan terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Menurutnya, SPRM ingin menegaskan bahawa proses siasatan perlu dijalankan selepas menerima aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang.
BACA JUGA: KISAH ZAHID TIPU ANWAR, MUHYIDDIN, UMNO
“Setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menemu bual beberapa saksi yang berkaitan.
“SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat.
“Siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan,” menurut kenyataan itu.
Justeru, katanya, SPRM berharap supaya pihak yang terbabit memberikan kerjasama penuh dan berhenti mensensasikan proses siasatan berkenaan.
Sumber:
WAJIB BACA:
Loading...
