SPRM rakam percakapan Idris Haron berhubung dakwaan pemimpin UMNO tipu royalti pasir

Datuk Seri Idris Haron mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir. Sumber (gambar): Fail TTF

سڤرم راكم ڤرچاكاڤن إدريس هراون برهوبوڠ دعوأن ڤميمڤين امنو تيڤو رويلتي ڤاسير

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan membabitkan isu penyelewengan royalti pasir.

Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad berkata, pertemuan selama kira-kira dua jam di satu lokasi dalam daerah Melaka Tengah itu diadakan pada petang Khamis.

“Saya mengesahkan kami telah berjumpa dengan pihak beliau dan telah mengambil beberapa maklumat untuk diperincikan oleh ibu pejabat.

“Maklumat itu dihantar kepada pihak pengurusan tertinggi di ibu pejabat dan setakat ini tiada lagi dokumen diambil,” katanya.


MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan membabitkan isu penyelewengan royalti pasir.

Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad berkata, pertemuan selama kira-kira dua jam di satu lokasi dalam daerah Melaka Tengah itu diadakan pada petang Khamis.




Menurutnya, segala maklumat direkodkan dan dihantar ke ibu pejabat untuk dianalisis sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Saya mengesahkan kami telah berjumpa dengan pihak beliau dan telah mengambil beberapa maklumat untuk diperincikan oleh ibu pejabat.

“Maklumat itu dihantar kepada pihak pengurusan tertinggi di ibu pejabat dan setakat ini tiada lagi dokumen diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada ketika solat Jumaat sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-54 bertemakan ‘Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi’ di Masjid Al Azim di Bukit Palah di sini pada Jumaat.

Jelas beliau, berhubung penglibatan individu lain dalam kes tersebut, beliau berkata perkara itu juga akan diputuskan pengurusan atasan.

“Kompleksiti maklumat ini agak tinggi, jadi semua tindakan lanjut akan ditentukan oleh ibu pejabat.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...