STABILNYA POLITIK MELAYU AKAN MENYEBABKAN KEDUDUKAN POLITIK DAN EKONOMI NEGARA STABIL

Khairuddin Abu Hassan

Saya ingin nasihatkan Lim Kit Siang, Ram Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin DAP agar jangan sibuk untuk campur tangan dalam hal ehwal gerak kerja Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini urusan gerak kerja kami secara jujur dan ikhlas untuk menyatupadukan keseluruhan orang-orang Melayu ke arah memperkasakan anak bangsa. Setiap bangsa mempunyai hak untuk memperkasakan kedudukan anak bangsa mereka asalkan jangan bersifat perkauman secara ekstrim. Perjuangan bagi memperkasakan kedudukan orang-orang Melayu adalah hak serta tanggungjawab kami. Namun, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap berpendirian untuk menjaga hak bangsa asing tanpa mengira kaum ataupun agama kerana kita mesti hidup dalam harmoni dan aman damai.




Agenda penyatuan Melayu bukan untuk menyekat atau menghalang mana-mana hak bangsa asing. Bila DAP membela kaum cina dan tamil kami menyokong tindakan mereka tetapi mengapa bila Tun Dr Mahathir Mohamad hendak menyatupadukan orang-orang Melayu pemimpin-pemimpin DAP pula melenting.

Kontrak sosial yang dipersetujui oleh tokoh-tokoh pemimpin terdahulu tetap dihormati dan dipegang erat oleh kita semua. Ini merupakan prinsip kami yang sayangkan kepada keseluruhan kaum di tanah air kita yang tercinta ini.

Ram Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin DAP jangan cepat lupa sejarah.

Gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan PH pada PRU14 telah berjaya menarik lebih kurang 13% sokongan orang-orang Melayu sehingga PH dapat menubuhkan kerajaan pada waktu itu. Jangan cuba menafikan pengaruh serta kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik sokongan orang-orang Melayu.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin DAP adalah ‘ular kepala dua’ kerana mereka lah yang dulu melawan kerajaan kleptokrasi dan kini memeterai ‘confidence and supply agreement’ dengan kerajaan yang ditunjang oleh UMNO. Pemimpin-pemimpin parti DAP hanya mementingkan peruntukan Parlimen dan sanggup menggadai prinsip perjuangan secara berkolaborasi dengan pemimpin-pemimpin rasuah. Mereka kena beli ‘cermin besar’ dan cerminkan diri sendiri.

Tolong jangan campuri wadah perjuangan kami untuk menyatupadukan semula orang-orang Melayu dan dalam masa yang sama menghormati hak kaum-kaum lain di negara kita.
Agenda ini amat penting kerana stabilnya politik Melayu akan menyebabkan kestabilan politik serta ekonomi negara kita.Ini adalah asas utama kestabilan politik dan ekonomi negara. Sekiranya kedudukan politik Melayu kucar-kacir maka negara kita juga akan menjadi tidak tenteram dan huru-hara.

DAP dan PKR jangan takut pada ‘bayang-bayang’ sendiri. Pada hakikatnya, DAP dan PKR takut hilang sokongan orang-orang Melayu pada PRU15. Tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad, sukar bagi DAP dan PKR untuk menarik sokongan orang- orang Melayu.

Loading...

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...