Mohamed Haniff Khatri Abdulla
كڽاتأن سڤيكر ديوان رعيت برهوبوڠ ستاتوس مڤ نجيب رازق تڤت & بتول – حنيفف خطري
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Sejak daripada KEPUTUSAN yang diumumkan MAHKAMAH PERSEKUTUAN dalam RAYUAN TERAKHIR SRC pada 23.08.2022, terdapat pelbagai pihak yang telah bertanyakan perihal isu HAK PENGAMPUNAN DIRAJA di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, dan kesannya kepada kerusi Dewan Rakyat NAJIB RAZAK ini.
2. Selain daripada beberapa penulisan sebelum ini, saya juga telah sentuh secara khusus topik ini dalam beberapa BUAL BICARA saya yang boleh ditonton di Siri : 3530 dan keratan Video itu di atas topik khusus ini di Siri : 3538, dan juga Keratan Berita 757 AWESOME TV di Siri : 3540 di ‘facebook’ saya.
3. Pada hari ini, MALAYSIAKINI 05.09.2022 bertajuk “Speaker: Status Najib sebagai MP Pekan kekal buat masa ini” telah memetik KENYATAAN RASMI Pejabat Speaker Dewan Rakyat :
“Status Najib Razak sebagai ahli parlimen Pekan setakat ini kekal dan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan terhadapnya selesai, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
“Memandangkan petisyen pengampunan telah difailkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak di bawah Perkara 42 Persekutuan Perlembagaan pada 2 September 2022, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai ahli parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak).
“Ini bermakna status Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak sebagai ahli parlimen Pekan pada masa in tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampuan itu dibereskan,” menurut Azhar dalam kenyataan hari ini.
Azhar mengesahkan bahawa dia menerima serahan beberapa dokumen berhubung permohonan pengampunan terhadap Najib. ”
4. Sememangnya KENYATAN RASMI Speaker Dewan Rakyat AZHAR HARUN itu adalah TEPAT dan BETUL dalam MEMATUHI peruntukan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan dibaca secara besesamadengan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan yang sama.
5. Dalam erti kata lain, Speaker AZHAR HARUN, cuma membuat pengumuman berkaitan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang terpakai dan mengikat kedudukan kerusi Pekan yang disandang NAJIB RAZAK sehingga ada keputusan oleh KeBawah Duli YDPA berhubung permohonan Pengampunan DiRaja yang difaiilkan NAJIB RAZAK kepada Lembaga Pengampunan DiRaja pada 02.09.2022 yang lalu.
6. Ini bukannya keputusan Speaker Dewanrakyat AZHAR HARUN, tetapi pemakaian peruntukan Perlembagaan yang mengikat ke atas kesemua pihak dalam negara, dan wajib dihormati.
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
